Satu keputusan yang cukup mengejutkan melanda kem Selangor apabila ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe memilih untuk meninggalkan kelab tersebut.

Perkembangan terkini mengenai perkara tersebut disahkan menerusi satu kenyataan di laman sosial rasmi Selangor FC, sebentar tadi.

Baca Juga:

Keputusan drastik ketika saingan Liga Super 2024/25 hanya akan bermula pada bulan Mei itu jelas sedikit mengganggu persiapan skuad Gergasi Merah tersebut.

Tambahan pula Selangor pada musim baharu ini bakal membawa cabaran negara dalam saingan AFC Champions League 2 (ACL 2).

Amat menarik untuk disaksikan kerana Selangor FC turut mendedahkan bahawa Tan Cheng Hoe akan berkelana di Thailand untuk membimbing sebuah kelab disana.

Selepas berehat hampir lapan bulan susulan keputusannya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah dilantik menjadi nakhoda baharu Selangor pada 24 September 2022.

Dibawah kendalian beliau, Selangor menamatkan musim 2022 ditangga kelima dan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia tetapi tewas 1-2 ditangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Peningkatan terus dapat disaksikan apabila Selangor menamatkan saingan liga 2023 selaku naib juara hingga membolehkan mereka beraksi  dalam ACL 2 pada musim ini.

Malah dalam usaha memantapkan pasukan bagi menghadapi musim baharu, Cheng Hoe telah membawa masuk pemain-pemain seperti Nooa Laine, Azim Al Amin, Umarbek Eshmurodov (pertahanan Uzbekistan), Ronnie Fernandez (bekas penyerang skuad kebangsaan Chile) dan Alvin Fortes (bekas pemain skuad kebangsaan Cape Verde).

Berikutan kekosongan yang ditinggalkan Cheng Hoe, pembantu jurulatih, Nidzam Jamil akan bertindak selaku pengendali sementara pasukan.

Sumber