Anak perempuan Datuk Seri Vida, Cik B meminta semua netizen bersabar dengan berita penyitaan aset ibunya itu.
Cik B yang kini berada di Sepanyol, berharap orang ramai tak terlalu bimbang tentang perkara tersebut.

Dia juga yakin bahawa perkara tersebut akan selesai dalam masa terdekat ini. Memandangkan Datuk Seri Vida masih ada masa lagi untuk menyelesaikan perkara itu.
Cik B menulis di IG Story beliau: “Guys sabar la pasal [aset] yang kena sita tu.
“InshaAllah semuanya akan baik baik sahaja.”
Hari ini kecoh dengan berita bahawa Datuk Vida tidak melangsaikan lagi hutangnya sejak 2018 lagi. Di mana hutang tersebut bernilai lebih RM1 juta.
Laman mStar Online melaporkan bahawa writ penyitaan dan penjualan aset milik Vida dibuat sekitar 9 pagi tadi di kediamannya di Meru, Ipoh, Perak.
Vida dilaporkan gagal menyelesaikan tunggakan sebanyak RM1.06 juta kepada kontraktor Ah Design pada 2018. Di mana syarikat tersebut dipertanggungjawabkan untuk mengubah suai bangunan pejabat DSV – Vida All Sar Studio di Shah Alam.
Vida dikatakan gagal memberikan sebarang respon dan kerjasama sejak 2018 sehingga 2023.
4 buah kereta Vida antara yang disita iaitu dua buah Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7. Ianya untuk menebus pampasan kepada Ah Design.
Barang rumah Datuk Vida termasuk 4 kereta mewah bakal dilelong, tak bayar hutang lebih RM1 jutahttps://t.co/G5HYdPwduF
— mStar Online 🇵🇸 (@mstaronline) November 25, 2024
Oleh sebab itu pihak kontraktor tersebut menegaskan bahawa mereka terpaksa untuk memohon tindakan menyita aset Vida bagi menyelesaikan hutang yang sangat tinggi itu.
Namun peguam Vida menegaskan bahawa, jika Datuk Seri Vida berjaya melangsaikan hutang itu dalam masa dua minggu, proses lelongan barangan yang disita itu akan dihentikan serta merta.
Tarikh lelongan adalah pada 9 Disember akan datang.
Laporan sumber yang sama menyebut, ketika proses penyitaan, Datuk Seri Vida tidak berada di kediamannya, dipercayai berada di luar negara.