Sudah berada di tahun 2023, rangkaian internet 5G sudah menjadi satu kewajiban di dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah keperluan memuat turun fail bersaiz besar  serta menstrim video atau pun melakukan persidangan video dengan lancar.

Yoodo selaku salah satu syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian sedia menawarkan pelan rangkaian 5G yang serba pantas buat orang ramai. Selaras dengan itu, kami sendiri diberi peluang untuk merasai pengalaman penggunaan rangkaian 5G menerusi pelan Yoodo untuk tempoh seminggu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

yoodo 5g
Sumber Gambar: The Vocket

Jika anda merupakan pengguna baharu Yoodo, pengaktifan kad sim boleh dibuat dengan semudah lima langkah sahaja. Selepas selesai, anda boleh menikmati rangkaian 5G serta-merta yang mana masih bergantung kepada kawasan liputan anda.

Liputan yang luas

yoodo 5g
Sumber Gambar: The Vocket

Seperti kita sedia maklum, Yoodo dimiliki dan diuruskan oleh Celcom Axiata Berhad yang mana menjadikan penawaran liputan mereka sangat luas di Malaysia. Jadi, anda boleh menikmati rangkaian 5G dengan baik walau di mana jua seperti pengguna Celcom lain.

Malah perkara ini terbukti kerana kami sendiri boleh mengakses rangkaian 5G di sejumlah tempat yang ditujui terutamanya di sekitar Kuala Lumpur. Dengan fasiliti liputan yang baik, ia menjadikan akses rangkaian 5G tetap stabil walaupun berada di dalam hujan yang lebat.

Hal ini membuatkan kami merasa kagum dengan liputan Yoodo yang bukan sahaja meluas malah berkualiti tinggi sepanjang digunakan.

Kelajuan internet yang mengagumkan

Sumber Gambar: The Vocket

Setakat penggunaan harian, kami sangat berpuas hati kerana kelajuan rangkaian 5G yang ditawarkan mencecah lebih 900Mbps. Ini termasuklah penggunaan untuk memuat turun fail besar dengan laju, menstrim kandungan di YouTube mahu pun membuat panggilan video.

Sebagai contoh, video di YouTube yang beresolusi 1080P boleh dimainkan secara terus tanpa adanya buffering  berbanding  dengan penyedia perkhidmatan yang lain. Sementara pengalaman memuat turun juga sangat baik kerana fail sebesar 5GB boleh dimuat turun di bawah tempoh 30 saat sahaja.

Sumber Gambar: The Vocket

Berdasarkan ujian kelajuan yang dibuat menerusi Speedtest by Ookla, kami mendapati kelajuan rangkaian 5G Yoodo mencapai sekitar 420Mbps sehingga 900Mbps untuk majoriti lokasi. Hal ini sekaligus memberikan fleksibiliti kepada kami untuk bertugas walau di mana jua.

Internet hotspot yang mantap

Sumber Gambar: The Vocket

Selain menggunakan data selular, kami juga sempat mencuba servis hotspot menerusi pelan Yoodo 5G.  Memang terbukti kepantasannya untuk memuat turun masih mantap meskipun tidak sepantas data selular.

Berdasarkan percubaan di atas, kami berjaya memuat naik fail kemas kini permainan Dota 2 yang bersaiz 4.4GB dalam tempoh di bawah 10 minit dengan kadar kelajuan muat turun mencecah 10.5Mbps namun kelajuan yang tidak terlalu konsisten.

Harga pelan yang marhaen

yoodo 5g
Sumber Gambar: The Vocket

Dari segi penawaran pelan 5G, kita sedia maklum Yoodo sangat fleksibel di mana kuota internet dan panggilan boleh ditetapkan berdasarkan keperluan masing-masing. Bagaimanapun, Yoodo telah menetapkan perlu melanggan sekurang-kurangnya kuota 10GB untuk menikmati rangkaian 5G.

Dengan harga RM18, anda boleh menikmati data 10GB 5G untuk sebulan dan berpeluang terima ekstra data 5GB untuk fasa percubaan pada ketika ini. Untuk anda yang berkemampuan, boleh melanggan kuota 200GB + 5GB 5G pada harga RM98 sahaja.

Untuk makluman, anda boleh menikmati  pelan rangkaian 5G ini sama ada menggunakan kad sim fizikal atau eSim. Malangnya, hanya pengguna Android yang boleh menggunakan rangkaian 5G tersebut.

Secara peribadinya, Yoodo 5G ini sangat berbaloi untuk didapatkan jika anda berada di sekitar liputan rangkaian Yoodo kerana akses 5G yang stabil untuk kegunaan seharian. Dari segi harga, ia masih dikira berbaloi kerana pada harga RM18 sahaja sudah boleh mengakses rangkaian 5G yang didambakan ramai.