Yoodo telah mengumumkan kerjasama dengan O-two Esports sebagai satu pasukan kolaberasi untuk mendominasi dan meraih piala tempatan serta antarabangsa PUBG Mobile.

Pasukan yang dikenali sebagai Yoodo 02 bakal terdiri daripada nama-nama pemain yang cukup terkenal di dalam arena kompetitif PUBG Mobile iaitu Fredo, Jumper dan juga OnTheGo.

Sumber Gambar: 02 Esport

Menariknya, Duo Pemenang Piala PMPL Sea 2022 ini akan sasarkan lebih banyak pencapaian untuk pasukan baru mereka ini.

Nama di dalam permainan mereka juga akan ditukar sempena kerjasama terbaru ini. Kerjasama Yoodo dan O-Two Esports ini adalah penting kedua-dua pihak.

Hal ini kerana Yoodo akan membantu organisasi e-sukan ini dengan menawarkan sponsorship serta bantuan untuk mengembangkan lagi pasukan ini.

Terkini, pihak 02 Esport juga sudah memperkenalkan beberapa pemain profesional lain bagi melengkapkan pasukan tersebut. Antara pemain yang dimaksudkan iailah BiuBiu, Yen, Abiyy, Ishotz dan Razor yang mana bakal menjadi barisan utama untuk menentang pasukan antarabangsa lain.