Sekiranya diberi pilihan antara masalah ketiadaan elektrik atau air dirumah, anda pilih yang mana? Jika ditanya kami, kami lebih rela ketiadaan elektrik, janji ada air di rumah. Cuba anda bayangkan, sekiranya masalah ketiadaan air berlaku dalam tempoh yang panjang, pastinya banyak kerja-kerja rumah akan tertangguh dan keadaan akan menjadi kucar-kacir.

Memang tidak dinafikan rakyat Selangor setiap tahun berhadapan dengan masalah air. Meskipun notis diberi lebih awal, masih terdapat pihak yang masih belum bersedia dengan masalah gangguan air yang berlaku. Apakah langkah yang diambil kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah ini?

Inisiatif Kerajaan Untuk Air Selangor

Situasi paling mencabar buat warga Selangor sduah pastinya apabila negara diserang COVID-19 pada tahun 2020 dan dalam pada masa yang sama Selangor turut terkesan berikutan gangguan air disebabkan penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sungai di sekitar Selangor.

Ekoran daripada masalah pencemaran yang berlaku, kerajaan Selangor telah menyediakan beberapa inisiatif untuk atasi masalah ini. Nak tahu apakah inisiatif itu, jom tonton video ini sehingga habis.

Terdapat 4 strategi yang telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2021 bagi mengatasi masalah pencemaran sungai. Kerajaan Selangor mengeluarkan kos hampir RM200 juta untuk melaksanakan semua strategi ini.

Berikut merupakan strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor untuk mengatasi masalah pencemaran air.

Strategi 1: Rawatan biologi di kolam-kolam berkenaan di Hulu Sungai Selangor

Strategi 2: Kerajaan Selangor memperkemaskan tindakan pemantauan Lembangan Sungai melalui pemantauan dan pengawasan menggunakan dron berteknologi tinggi serta penambahan petugas LUAS untuk mengadakan pengawasan 24jam dan pantauan River Patrol.

Strategi 3: Pembinaan Infrastruktur Pengepaman terus dari Hybrid off River Augmentation Storage atau singkatannya HORAS 600.

Strategi 4: Penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam PINDAAN 2020

Air Selangor juga kini sedang melaksanakan pembangunan Skim Bekalan Air Rasau dengan membina Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 1 untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air dari loji-loji rawatan air di Sungai Selangor.

Loji ini dijangka akan siap pada tahun 2024 dan akan memberi manfaat kepada orang ramai. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh ke laman web Air Selangor. Untuk menjayakan usaha kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu air ni, rakyat Selangor haruslah bersatu-padu dalam menjayakan misi ini.

Tular pada minggu ini apabila Tan Sri Vincent Tan selaku individu ke-24 terkaya Malaysia dilihat sekadar memakai selipar Asadi bernilai RM15.90 sahaja.

Sekadar Pakai Selipar Asadi, Gambar Vincent Tan Yang Tular Ini Raih Perhatian Netizen

Dakwa Sekadar Hiburan, ‘Prank’ Tangkap Basah Kumpulan YouTuber Ini Undang Kerisauan Netizen