Dilaporkan sebanyak 472 kawasan di lima daerah di Petaling, Hulu Langat, Sepang, Putrajaya dan Kuala Langat bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7 pagi, Sabtu.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan pagi tadi memaklumkan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sg Semenyih) dan Loji Rawatan Air Bukit Tampoi (LRA Bukit Tampoi) berikutan insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih dan LRA Bukit Tampoi ini, sebanyak 472 kawasan di lima (5) wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 7:00 pagi hari ini. Senarai kawasan terjejas di muka surat seterusnya,” tulis Air Selangor.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden itu dari semasa ke semasa menerusi semua platform media sosialnya di Facebook, Instagram dan Twitter atau pengguna boleh hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. Untuk melihat senarai lokasi yang terkesan boleh klik di sini.