Bila scroll di TikTok atau Instagram, mesti anda selalu nampak bilik tidur seakan staycation atau Airbnb yang nampak sangat cozy, kemas, dan aesthetic.
Rasa teringin sangat nak tukar dekorasi bilik sendiri tapi bila fikirkan pasal bajet, terus niat tu terpadam bukan?
Sebenarnya, nak dapatkan suasana bilik seakan Airbnb minimalis tak semestinya kena berhabis ribuan ringgit atau upah pereka dalaman.
Hanya dengan sedikit kreativiti dan pilihan barangan yang betul di Shopee, anda sudah boleh makeover bilik tidur jadi ruang istirahat yang sangat menenangkan.
Paling menarik, barangan ni kebanyakannya bawah RM50 sahaja! Ayuh tengok 7 barangan yang anda boleh dapatkan di Shopee yang sanggup tukar vibes bilik anda 360 darjah:
1. Lampu Meja ‘Korean Pleated’ (Warm White)

Benda pertama yang buatkan sesebuah bilik nampak mahal ialah pencahayaan. Elakkan bergantung kepada lampu pendafluor putih yang terlalu terang di malam hari.
Lampu meja gaya pleated atau Nordic ini mengeluarkan cahaya warm yellow yang lembut dan secara automatik memberi vibes tenang serta romantik.
2. Cadar Polos Warna Neutral

Tukar cadar bercorak sarat dengan cadar warna solid atau neutral seperti cream, beige, light grey atau sage green. Konsep minimalis Airbnb amat menekankan kekemasan warna asas.
Cadar warna tenang ini bukan sahaja nampak bersih, malah buat korang rasa macam tidur di hotel!
3. Langsir ‘Sheer’ Putih

Mahu dapatkan pencahayaan semula jadi yang cantik waktu pagi dan petang? Langsir sheer putih ialah jawapannya!
Ia menapis cahaya matahari supaya tak terlalu terik sekali gus memberi efek soft glow dalam bilik tidur anda.
4. Aroma Diffuser Wood Grain

Bilik Airbnb bukan sahaja cantik dipandang, tapi bau pun memainkan peranan penting!
Diffuser jenis kemasan kayu ini bukan sahaja bertindak sebagai pelembap udara tapi juga sebagai barang hiasan yang manis di atas meja.
Titikkan beberapa titik essential oil bau lavender atau sandalwood untuk tidur yang lebih lena.
5. Floating Wall Shelf

Bila ruang terhad, gunakan ruang dinding secara bijak! Rak dinding terapung tanpa braket nampak sangat clean dan moden.
Anda boleh letakkan pokok hiasan kecil seperti succulent, lilin aromaterapi atau beberapa naskhah buku kegemaran di atasnya.
Ternyata nak ubah bilik tidur jadi cantik dan tenang tak memerlukan modal yang besar. Kuncinya ialah pemilihan warna yang konsisten (neutral/earth tone) dan mengurangkan barangan yang berselerak.
Anda suka barang yang mana satu? Jangan tunggu lagi, Add to Cart sekarang sebelum kehabisan stok!