Seperti kita sedia maklum, YouTube Premium merupakan pelan langganan yang memberikan sejumlah kelebihan yang dapat meningkatkan pengalaman tontonan menerusinya.

Kini YouTube Premium telah diberikan lima ciri baharu yang menjadikan langganan mereka lebih berbaloi berbanding verse percuma. Lima ciri ini adalah penstriman pada tetapan 1080P Premium, Queue, Live Sharing, menyambung tontonan video pada multi peranti dan Smart Downloads.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: YouTube

Pertama sekali, anda boleh menikmati ciri 1080P Premium yang mana kandungan FHD dapat ditonton pada kadar bit yang lebih tinggi. Dengan ini, video yang dipaparkan menjadi lebih tajam dan jelas yang mana sangat berguna untuk video yang dipenuhi aksi dan perlumbaan.

Sumber Gambar: YouTube

Kemudian, ciri Queue pula membolehkan beberapa video disusun untuk ditonton secara berturutan dalam aplikasi YouTube. Jadi, pelanggan Premium boleh menonton satu video sebelum pergi ke video seterusnya untuk ia dimainkan selepas video pertama tadi.

Sumber Gambar: YouTube

Selepas itu, Live Sharing membenarkan tontonan YouTube dalam sesi Google Meet secara berkumpulan. Ciri ini pasti sangat berguna buat anda yang gemar menonton video bersama rakan-rakan lain  yang berjauhan.

Sumber Gambar: YouTube

Menerusi ciri rentas peranti baharu ini, pelanggan Premium boleh memulakan tontonan pada telefon pintar dan kemudian menyambung tontonan pada TV atau pelayar web. Jadi, pengalaman tontonan video menjadi lebih fleksibel kerana boleh merentasi multi peranti dengan mudah.

Sumber Gambar: YouTube

Akhir sekali, ciri Smart Downloads pula ia boleh meneka apakah kandungan yang mungkin ingin anda tonton lalu memuat turunya secara automatik setiap kali peranti bersambung kepada rangkaian WiFi. Video ini kemudiannya boleh ditonton secara offline.

Sumber