Sehingga kini, ramai sedia maklum usaha memboikot sebahagian jenama atau barangan yang berkait dengsn Israel sejak berlakunya peperangan bersama Palestin.
Namun begitu, masih wujud sebahagian individu yang berpendapat kegiatan memboikot ini adalah pilihan masing-masing dan ia bukan suatu paksaan kepada semua.
Terbaharu, lima lelaki termasuk seorang anggota tentera ditahan polis kerana didakwa melakukan provokasi dan ugutan terhadap pelanggan di sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap, Kuantan, Pahang.
Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kesemua suspek berusia dalam lingkungan 27 hingga 43 tahun ditahan di bilik Standby Detektif di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan.
“Siasatan mendapati, dua daripada lima suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.
Kita juga telah merampas sebuah kereta jenis Honda Jazz, sebuah kereta jenis Mitsubishi Triton, sehelai bendera bersama batang pancing, satu unit telefon bimbit jenama Redmi dan motosikal Yamaha LC, topi keledar, sehelai baju berwarna putih seluar biru serta alat kawalan jauh,” ulasnya lagi.
Sebelum ini, tular satu rakaman video di laman sosial berhubung tindakan sekumpulan lelaki sedang berkempen memboikot restoran tersebut di Sungai Isap, Kuantan.
@
Hasil rakaman percakapan, empat suspek mengaku berada di lokasi kejadian, namun tidak melakukan sebarang ugutan jenayah terhadap mangsa.
Bagaimanapun, hanya seorang suspek yang bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap mangsa pada hari kejadian, susulan itu, kesemua suspek ditahan reman sehingga Rabu ini bagi siasatan lanjut.