Cuti sekolah adalah antara waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh anak-anak yang masih bersekolah, tetapi juga adalah waktu yang paling dirisaukan oleh ibu bapa. Siapa yang ada anak yang bersekolah mesti boleh dikaitkan.

Mari baca antara situasi yang ibu bapa selalu hadapi bila tibanya musim cuti sekolah. Anda pun macam ini juga atau tidak?

1. Di mana hendak hantar anak ya?

Holly-Marie-Combs-holly-marie-combs-36927553-500-300

Bagi ibu bapa yang bekerja, Ini memang bakal jadi masalah besar. Yalah, selalunya bila kita pergi kerja, anak pun akan pergi sekolah. Jadi, dah selesai satu masalah. Tapi bila cuti sekolah, siapa nak jaga anak-anak?

Kesudahannya, terpaksalah kita berkorban ambil cuti sekali!

2. Macam berperang jika mahu anak tidur awal

5cde63d3a9307194371584

Ini satu lagi masalah, Bila cuti sekolah, maknanya tidak payah bangun awal pagi. Jadi, inilah masanya untuk anak anda ambil peluang nak tidur lambat dan tengok tv sampai pagi. Masa ini, keluarlah beribu alasan kenapa mereka tidak mahu tidur awal.

Mana boleh begitu. Mereka memanglah cuti, tapi kita yang ibu bapa ini tetap kena bangun awal nak pergi kerja. Tapi nak paksa anak-anak tidur awal sekali cukuplah payah. Cakap sepuluh kali tak jalan, sudahnya, kena guna kuasa veto, tutup tv dan sorok remote!

3. Cukup atau tidak bajet hendak bawa anak-anak bercuti?

Bagi anak-anak, cuti sekolah bermakna waktu untuk berlibur dan jalan-jalan! mereka memanglah seronok, tetapi kita ibu bapa ini yang dah berpeluh-peluh fikir bajet untuk bercuti.

Kalau tidak bawa, kesian pula mereka bosan duduk rumah. Selalunya, dua tiga bulan sebelum cuti sekolah, ramai yang sudah plan dan kumpul duit siap-siap untuk bercuti.

4. Permohonan cuti lulus atau tidak

5cde663042024132283433

Bila sudah plan dan ada bajet untuk bercuti, akan timbul pulak satu masalah baru iaitu cuti. Dua tiga minggu sebelum nak pergi bercuti tu, sudah apply dah cuti awal-awal. Punyalah tidak senang duduk selagi bos tidak approved. Pening dibuatnya nanti!

Tapi bila bos dah luluskan cuti, memang lega!

5. Apa ya aktiviti terbaik supaya anak tidak bosan duduk rumah?

ezgifcomvideotogifgif (2)

Cuti sekolah ini selalunya lama, berminggu-minggu. Bagi yang tak pergi bercuti dan duduk kat rumah itu, mesti bosan kan. Kita yang ibu bapa ini pun kesian tengok.

Masa ini mulalah datang macam-macam idea nak buat aktiviti untuk bagi anak-anak enjoy. Tapi, nama pun budak-budak, sekejap dah bosan dan hilang minat. Pening kepala kita sebagai ibu bapa ini nak fikirkan aktiviti apa nak buat lagi.

Apa susah, bawa sahaja anak-anak anda ke KidZania Kuala Lumpur. Ada banyak aktiviti menyeronokkan!

kidzania-(1)

Sempena cuti sekolah pada bulan Mei dan Jun ini, KidZania Kuala Lumpur ada menyediakan pelbagai program menyeronokkan bertemakan Sains dan Angkasa! Apa lagi, jom bawa anak-anak anda ke KidZania Kuala Lumpur. Mesti mereka pun suka!

Anda yang ada anak berumur 8 tahun ke atas tu, bolehlah tinggalkan anak anda di KidZania Kuala Lumpur ni. Lepas itu, anda pergilah keluar suami isteri ke, shopping ke. Dijamin selamat dan anak anda pun akan rasa macam tidak mahu balik!

Di Program Sains dan Angkasa KidZania Kuala Lumpur ini juga, disediakan pelbagai aktiviti menarik mengikut karier dalam industri angkasa yang boleh anak anda terokai. Antaranya, saintis, saintis roket, saintis makanan, angkasawan dan jurutera!

Jom lihat antara aktiviti yang ada di Program Sains dan Angkasa KidZania Kuala Lumpur!

Building a windmill (mangoSTEEMs)

2019-Apr-Science-Space-Building-A-Windmill

Tempat: Main Square
Tarikh: 25 Mei, 1 Jun & 8 Jun 2019

Kelas ini akan megajar anak anda cara untuk memanfaatkan kuasa angin sambil belajar tentang mesin roda dan gandar menerusi pengajaran STEM!

Improving a playdough process (mangoSTEEMs)

2019-Apr-Science-Space-Improving-a-Playdough-Process

Tempat: Main Square
Tarikh: 26 Mei, 2 Jun, & 9 Jun 2019

Siapa kata playdough ini hanya permainan untuk suka-suka sahaja? Dengan playdough juga, banyak skil dan konsep sains yang boleh dipelajari dengannya.

Junior Astropreneur Mini Bootcamp (Generasi Marikh Academy)

58749249_2455644137802247_905032154243661824_n

Tempat: TV Studio
Tarikh: 26 Mei 2019

Terokai semua keajaiban sains dan angkasa melalui bootcamp mini oleh Generasi Marikh Academy!

Kem Angkasa (Generasi Marikh Academy)

The-Astronauts
Gambar sekadar ilustrasi

Tempat: TV Studio
Tarikh: 27 – 31 Mei 2019

Sesi ini akan mendedahkan tentang pelbagai karier menarik dalam industri angkasa dan anak-anak anda juga boleh mempelajari cara untuk membuat satelit mereka sendiri!

Google Expeditions VR Experience

Photo 3

Tempat: TV Studio
Tarikh: 1 – 8 Jun 2019

Rasai pengalaman menarik menjelajah ke ruang angkasa lepas dan nikmati perjalanan ke pusat Apollo Saturn V dan planet Mars!

Making Slime Galaxy (Science Bridge Academy)

Photo-5-1-e1557193869414

Tempat: Main Square
Tarikh: 3– 4 Jun 2019

Jom belajar buat slime galaksi sendiri dan ketahui serba sedikit tentang cecair, pepejal dan gas di sini!

Making Moon Sands (Science Bridge Academy)

2019-Apr-Science-Space-Moon-Sand

Tempat: TV Studio
Tarikh: 6 – 7 Jun 2019

Tertanya-tanya tekstur pasir dari bulan? Pelajari sifat-sifat hidrofobik dengan membuat pasir dari bulan sendiri di kelas ini!

Creative Tack-It Modelling (Faber-Castell)

2019-Apr-Science-Space-Tack-it

Tempat: Main Square
Tarikh: 10-16 Jun 2019
Jom cipta bentuk-bentuk planet dan bulan menggunakan produk dari Creative Tack-It!

Hah, anda juga boleh hantar anak korang ke bengkel mingguan jugak tahu. Ada banyak aktiviti menarik dan kreatif disediakan antaranya:

Galaxy Bathbombs (Tanamera)

2019-Apr-Science-Space-Galaxy-BathBomb

Tempat: Jail Area
Tarikh: 25 – 26 Mei 2019

Selama ini, kita hanya tahu menggunakan bathbombs, tapi anda tahu tak cara nak membuatnya? Ibu bapa pun boleh sertai tahu bengkel ini dan buat sendiri bathbombs galaksi dengan anak-anak anda!

Astronaut’s Chocolate Pudding (Malaysian Palm Oil Council)

chocolate-and-ginger-baked-puddings (1)

Tempat: Jail Area
Tarikh: 1 – 2 Jun 2019

Nak tahu macam mana angkasawan makan di angkasa lepas? Jom belajar teknik-teknik memproses 8 jenis makanan di Bengkel Puding Coklat!

Dodecahedron (Faber- Castell)

2019-Apr-Science-Space-Dodecahedron

Tempat: Jail Area
Tarikh: 8 – 9 Jun 2019

Apa itu dodecahedron? Ia adalah satu bentuk yang mempunyai 12 permukaan. Jom belajar pelbagai jenis pesawat dan geometri dengan Faber-Castell!

Launch A Rocket (F&N)

2019-Apr-Science-Space-Launch-A-Rocket

Tempat : Berhadapan National Store
Tarikh: 15 – 16 Jun 2019

Pelajari segalanya tentang Newton’s Third Law dan cipta mini roket dengan menggunakan barangan yang boleh didapati di rumah. Seterusnya, mini roket anda sedia untuk dilancarkan!

Bukan itu sahaja, ada juga aktiviti – aktiviti lain di KidZania Kuala Lumpur bertemakan Sains & Angkasa yang menyeronokkan seperti:

Mission Foods Rocket Lunch

timthumb

Tempat: Mission Food Healthy Food Centre
Tarikh: 25 May – 16 Jun 2019

Jom jadi lebih kreatif dan cipta makanan tengahari anda menjadi bentuk roket dengan menggunakan Mission Food’s Wrap. Nanti akan diadakan contest Instagram untuk Mission Foods Rocket Lunch di mana, peserta yang mencipta makanan tengahari paling kreatif bertemakan roket, akan memenangi hadiah menarik. Siapa tahu, mungkin anak anda yang menjadi pemenang.

KZ Science Post

kidzania-forensic

Tempat: KZ Post
Tarikh: 25 Mei – 16 Jun 2019

Wawancara CitiZens di bandar KidZania Kuala Lumpur mengenai eksperimen sains kegemaran mereka dan tulis semua tentangnya di KZ Post!

Space Radio Station

58383673_2444820152217979_2955776714782801920_n

Tempat: Stesen Radio
Tarikh: 25 Mei – 16 Jun 2019

Jom bincangkan tentang keajaiban galaksi dan angkasa lepas bersama DJ radio melalui program Sains dan Angkasa!

Oh ya, anda juga berpeluang untuk mendapatkan 40% diskaun untuk tiket Program Sains dan Angkasa ini apabila anda beli tiket secara online dan menggunakan promo kod ATOM40. Wow, jimat banyak tu!

Tempoh pembelian adalah dari 19 April sehingga 31 Mei 2019
Tempoh lawatan adalah dari 20 April sehingga 16 Jun 2019

Screen-Shot-2019-05-08-at-6.56.26-PM-950×210

Menarik dan bermanfaat kan semua aktiviti-aktiviti ni? Daripada duduk dirumah sahaja, apa kata anda bawak anak anda ke KidZania Kuala Lumpur. Mesti mereka terhibur dan teruja apabila dapat belajar tentang sains dan ruang angkasa lepas ni.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kidzania.com.my