Sekiranya anda sudah lama teringin untuk ke LEGOLAND, ini adalah masa terbaik untuk anda ke sana.
Sedikit tentang sejarah LEGOLAND Malaysia. Ia dibuka pada 15 September 2012 dengan lebih 40 tarikan menarik yang boleh dicuba. Ia juga merupakan taman tema LEGOLAND pertama di Asia dan ke-6 di seleruh dunia. Disebabkan itu LEGOLAND sentiasa menjadi tarikan kepada pelancong dari Asia (Asia Tenggara khususnya) kerana ramai yang mahu mencuba permainan yang ada di sini.
Lebih menarik, sehingga akhir tahun ini, ‘Brick-Tacular Holiday’ yang sedang berlangsung di LEGOLAND menawarkan lebih banyak aktiviti untuk anda seisi keluarga.
Kami berkesempatan untuk ke LEGOLAND minggu lalu dan ini apa yang menarik di LEGOLAND sebelum tamatnya tahun 2019.
1. Persembahan pentas buat semua pengunjung
Pelbagai persembahan pentas dijayakan setiap hari sepanjang ‘Brick-Tacular Holiday’ di LEGOLAND khas anda. Di pentas Enchanted Forest ini, anda boleh bergambar dengan watak LEGO seperti Batman,magic show dan pelbagai persembahan lain yang akan berlangsung sepanjang hari.
Bersempena hari Krismas yang akan tiba tidak lama lagi, Giant Christmas LEGO Tree turut dihasilkan khas untuk anda bergambar dengannya.
2. LEGO® Star Wars™ Miniland
Filem ‘Star Wars: Rise Of The Skywalker’ sedang pun ditayangkan di pawagam ketika ini dan buat peminat setia siri Star Wars, ada satu hall yang dikhaskan untuk mempamerkan figura dan kapal angkasa dalam Star Wars di LEGOLAND ini.
Ia juga disusun mengikut kesemua 6 episod Star Wars dan mempamerkan adegan paling ikonik dalam setiap episod. Dalam hall ini sahaja, terdapat lebih 2,000 model LEGO dipamerkan dan lebih 1.5 juta ketul LEGO digunakan untuk membina kesemua episod Star Wars ini! Geram dibuatnya apabila melihat diorama yang dihasilkan khas untuk Star Wars ini. Terus rasa mahu set up dioarama tersebut di rumah.
3. ‘Menyelam’ di SEA LIFE Malaysia
Mahu lihat hidupan laut dengan dekorasi LEGO yang unik? SEA LIFE Malaysia adalah tempatnya. Anda boleh melihat pelbagai hidupan laut yang rare seperti kuda laut di sini. Lebih menarik terdapat ruang untuk anda bergambar yang akan memberi ilusi seperti anda sedang ‘berenang’ dengan hidupan laut di sini. Tidak percaya? Datang sendiri dan alaminya.
4. Foam Party yang fun
Ini pula aktiviti yang tidak ada sepanjang tahun, cuma berlangsung pada masa-masa tertentu sahaja. Ditambah dengan pelbagai aktiviti air yang ada, memang bertambah seronok bila ada aktiviti mandi buih ini bersama keluarga!
5. The Great LEGO Race VR Roller Coaster
Bagi yang dewasa, ini merupakan ride paling awesome yang ada di sini! Anda pernah naik roller coaster sebelum ini bukan? Untuk roller coaster ini, anda akan dipakaikan VR untuk ‘berada’ dalam dunia perlumbaan LEGO.
Yang menjadikan ride ini bertambah debarannya adalah anda tidak tahu apa yang akan berlaku sepanjang perlumbaan tersebut. Animasinya memang memberi feel seperti anda sedang berlumba. Jika anda tiba ke LEGOLAND, tidak lengkap jika anda tidak cuba roller coaster ini.
Bonus: Bermalam di LEGOLAND Hotel
https://www.instagram.com/p/B6QNeanlc5I/
Sekiranya anda ada bajet lebih, jangan lupa untuk bermalam di LEGOLAND Hotel dan kami yakin, anda pasti akan puas hati! Ia sangat berbeza dengan hotel-hotel lain kerana setiap level di LEGOLAND Hotel akan mempunyai rekaan yang berbeza.
Sebagai contoh, ada tingkat diberi kemasan Ninjago, Adventure dan banyak lagi. LEGOLAND Hotel sememangnya kids friendly kerana anak-anak anda bebas untuk bermain LEGO yang ada di ruang lobi hotel. Paling menarik, anda juga akan dihiburkan dalam lif semasa naik ke bilik anda.
Buat kaki LEGO pula, anda boleh membeli set LEGO dengan potongan harga yang menarik. Salah satunya model 1989 Batmobile™ ini. Begitu juga dengan model LEGO Millennium Falcon™ dan pelbagai lagi model menarik daripada siri Star Wars.
Kami sarankan untuk anda pergi seawal mungkin pada jam 10 pagi kerana keluasan LEGOLAND ini adalah 76 ekar. Jika anda tiba awal, anda akan mempunyai masa yang lebih panjang untuk meronda dan mencuba semua tarikan serta aktiviti yang anda.
Khas untuk musim cuti sekolah, LEGOLAND turut membuat tawaran harga menarik untuk anda mencuba semua tarikan yang anda. Anda boleh klik di sini untuk membuat pembelian tiket. Apa yang kami boleh katakan, anda serta keluarga pasti akan tersangat riang apabila jejak kaki ke sini. Pasti trip ke LEGOLAND nanti akan menjadi salah satu memori terindah buat anda sekeluarga!
P/S: Tarikan Star Wars Miniland tidak akan dipamerkan lagi selepas 31 Disember ini untuk memberi pameran baharu untuk para pengunjung. Buat peminat setia LEGO dan Star Wars, ini adalah masa terbaik untuk anda melihat diaroma awesome Star Wars di LEGOLAND ini sebelum terlambat.
Tahukah anda, anda boleh dapat lebih penjimatan jika menggunakan Touch N’ Go di LEGOLAND? Baca lagi tentangnya pada artikel di bawah.
Touch ‘n Go Tawarkan Pengalaman Tanpa Tunai Di LEGOLAND Malaysia Resort
‘Mall of Medini’ Di Johor Anjur Karnival Sempena Pembukaanya Hujung Minggu Ini