Satu keluarga berdepan detik cemas selepas disamun sekumpulan lelaki bersenjata di Taman Petaling, Klang, Selangor.

Dalam satu kenyataan oleh Polis Diraja Malaysia, Polis Daerah Klang Selatan menerima makluman daripada orang awam mengenai satu kejadian samun di Taman Petaling, Klang dan Pusat Kawalan polis mengarahkan kereta peronda ke lokasi kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Hasil siasatan mendapati tempat kejadian merupakan sebuah rumah teres dua tingkat. 5 lelaki menaiki Proton Waja hijau telah tiba ke rumah tersebut sekitar jam 1.00 tengah hari semalam telah memarkir kereta tersebut di laluan belakang. 4 daripada suspek yang bertopeng telah memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang.

Seorang lelaki dan 4 perempuan berusia lingkungan 38 hingga 70 tahun tinggal di dalam rumah tersebut dan suspek berktindak mengikat tangan mangsa dan membawa mereka ke dalam dua bilik.

Suspek kemudiannya telah menggunakan kekerasan dengan mencederakan wanita berusia 45 tahun dengan cara menendang di bahagian hidung, memukul dengan kayu di bahagian badan dan mengetuk kepala mangsa menggunakan belakang parang. Mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan, kepala dan muka.

Suspek telah menyelongkar bilik dan mengambil wang tunai bernilai RM4,000 dan pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000.

Polis kemudiannya menerima maklumat bahawa kenderaan digunakan untuk menyamun telah dijumpai di sebuah lorong perumahan di Taman Desawan, Klang. Pihak polis bergegas ke lokasi dan menemui kereta digunakan suspek namun suspek telah melarikan diri. Nombor plat pada kereta Proton Waja tersebut juga adalah palsu.

Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor telah hadir membuat pemeriksaan di tempat kejadian dan kereta suspek. Hasil pemeriksaan telah berjaya menemui beberapa barang kes yang boleh membantu siasatan.

Justeru itu pihak polis masih meneruskan usaha mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menyalurkan maklumat tersebut terus ke IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.