Tempat kerja yang kondusif melahirkan pekerja yang gembira dan produktif. Pejabat yang “hidup” dapat melahirkan lebih banyak kreativiti pekerjanya. Lihat sahaja bagaimana Google dan Facebook menyediakan ruang kerja yang hebat supaya pekerja-pekerjanya dapat mewujudkan produk yang out-of-this-world.
Kami juga teruja kerana pejabat di Malaysia sekarang bukan lagi sebuah kotak dengan warna pastel yang menjemukan. Lihat sahaja pejabat-pejabat di bawah, ia sudah cukup untuk membuat kami mendapat inspirasi!
1. Mindvalley
Mindvalley mengungguli carta pejabat tercantik di Malaysia. Mindvalley adalah sebuah syarikat berasaskan pendidikan online dan produk mereka termasuk penerbitan digital, teknologi pendidikan, pembelajaran online, mobile apps, konten, dan pengacaraan. Pejabat mereka terletak di Bangsar, dan menampilkan gaya deco dengan pilihan warna yang seimbang serta perabot dan aksesori moden.
Kelihatan seperti bilik diskusi.
Adakah ini pantry?
Terasa bagai berada di sebuah taman Jepun…
..dengan elemen moden.
Ini mungkin sebuah fairy tale.
Bilik konferens yang cool.
Laluan berjalan juga cantik.
Ruangan kerja dengan siling berlogo syarikat.
Oh, ini bilik diskusi yang sangat hebat!
Ini pula di tingkat lain.
Sumber: PDI Design, PDI Design
Mindvalley pernah memenangi Inc Magazine World’s Top Ten Coolest Workplaces 2012 Audience Vote
2. Google Malaysia
Google Malaysia mengekalkan kecemerlangan syarikatnya dalam hiasan dalaman pejabat. Geekster, minta maaf, kerana tiada kerja untuk para geek/programmer di sini. Pejabat Google di Malaysia adalah untuk divisyen pemasaran, komunikasi dan jualan mereka. Satu ciri yang menarik adalah kafetaria yang diberi nama ‘Gerai Gugel’.
Masuk-masuk je ada search engine yang besar.
Wow trending search topic!
Inilah Gerai Gugel yang kami katakan tadi.
Yang lagi menarik, hidangan “surprise” disediakan percuma untuk pekerja. Makanan yang diberi adalah bebas MSG. Bukan setakat itu – mereka juga mempunyai mesin kopi, jus buah, susu dan aiskrim!
Mesyuarat dalam bilik hijau sebegini dijamin tidak stress.
Mainan, yeay!
Yeay lagi!
Bermesyuarat dalam gua pasti cool.
Sumber: Female Mag
Video Pejabat Google Malaysia ini cool!
3. Company 27
Company 27 adalah sebuah syarikat interaksi digital dan pembangunan game mudah alih. Terletak di Taman Tun Dr Ismail, kami terkesima dengan reka corak dalaman yang muda dan ‘nakal’. Imej pejabat mereka sangat bersesuaian dengan bisnes yang mereka jalankan.
Lihat gambar ini sahaja sudah buat saya lebih kreatif.
Bilik mesyuarat korporat, dengan gaya cool.
What the company is all about.
Ini sumber inspirasi :D
Ruang kerja minimalis, tetapi menarik.
Keep it simple.
Ruang kreatif.
Nama syarikat.
Permainan dibenarkan.
Sumber: WOBB
4. Groupon
Siapa tidak tahu Groupon? Website membeli-belah dengan harga mampu milik yang menjadi santapan harian sesetengah wanita (ya, kami tahu itu). Bertempat di Petaling Jaya, gaya pejabat Groupon membuat kami ingin menjerit F-U-N!
Ruang masuk dengan bata merah.
Ruang pejabat kontemporari yang minimalis.
Terasa sangat dekat dengan alam semulajadi di Boredroom ini. Ya, mereka panggil bilik mesyuarat itu – Boredroom!
Meeting-pod mereka pun sangat kiut.
Lampu Ikea menerangi ruang pejalan kaki yang dibezakan melalui warna permaidani.
360 darjah pemandangan dari atas udara Petaling Jaya.
Ruang rekreasi untuk menghilangkan stress.
Sumber: Kech Design Studio, Female Mag
I simply love this video.
5. Leaderonomics
Leadeoronomics adalah sebuah syarikat pembangunan kepimpinan dan motivasi melalui gaya F-U-N! Budaya kerja mereka menitik beratkan growth, perhubungan, membina masa depan, empowering dan memberi semula. Budaya ini ditunjukkan di dalam ruang interaktif mereka yang bertemakan “taman dalam bandar”.
Budaya kerja syarikat.
Interaksi dalam santai.
Seronok!
Sumber: Star Property, Marcu Tan
Nice!
Ada beberapa lagi pejabat menarik yang ada di Malaysia. Tunggu esok kerana kami akan tunjukkan kepada anda, dan ianya juga sehebat yang kami paparkan hari ini.
BACA: Lagi 5 Pejabat Di Malaysia Yang Out-Of-Normal
Kami juga ingin tahu sekiranya pejabat anda se-COOL sebegini.
Untuk berhubung dan mengetahui cerita lebih lanjut, anda boleh like Facebook page kami di SINI.