Google, hari ini mengumumkan pelaburan sebanyak USD2 bilion (RM9.4 bilion) di Malaysia yang bertempat di Elmina Business Park milik Sime Darby Property.
Pelaburan itu melibatkan pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Rantau Awan Google. Pembangunan kedua-dua fasiliti untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap perkhidmatan awan sama ada di peringkat tempatan mahupun global serta program literasi kecerdasan buatan (Al) untuk pelajar dan pendidik di negara ini.
Baca Juga:
- Google Pecat Pekerja Yang Protes Kerjasama Dengan Israel
- Pekerja Mengamuk Selepas Google Setuju ‘Sponsor’ Israel
- Bank Negara Malaysia Beri Penjelasan Isu Kadar USD Yang Mencecah RM6.24 Di Google
Today we announced a new US$2 billion investment in Malaysia to develop our first Google data center and Google Cloud region, as well as expand local #AI literacy programs, in our continued commitment to advancing Malaysia together.
Read here ➡️ https://t.co/EApAD10H12 pic.twitter.com/d2Y29Hse0e
— Google Malaysia (@GoogleMsia) May 30, 2024
Memetik kenyataan rasmi, pusat data Google akan memperkasakan perkhidmatan popular mereka seperti Search, Maps dan Workspace.
Sementara Rantau Awan Google akan menawarkan perkhidmatan awan berprestasi tinggi, kependaman rendah kepada perusahaan, syarikat permulaan dan organisasi sektor awam.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan; serta Ketua Pegawai Kewangan Alphabet dan Google, Ruth Porat berkata pelaburan terbaharu itu merupakan pelaburan terancang terbesar Google setakat ini di Malaysia.
Kerjasama Google-Malaysia mencipta ekosistem yang menyokong inovasi dan membuka potensi transformasi digital.
Pada masa sama, Google telah melancarkan dua program untuk memupuk celik AI selaras dengan Dasar Pendidikan Digital Kementerian Pendidikan (KPM) iaitu Gemini Academy dan Experience AI.