Tidak lama lagi, umat Islam akan menyambut kedatangan bulan Ramadan dan semestinya pada bulan puasa ini, sudah ramai yang mahu membuat perancangan berbuka puasa bersama rakan-rakan dan juga keluarga.

Oleh itu, kami ingin kongsikan bufet ramadan dengan harga yang murah dan berbaloi di sekitar Lembah Klang. Jom lihat senarai pilihan kami ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

1. Hotel Ibis, Kuala Lumpur

Terletak di ibu kota, hotel Ibis menawarkan bufet bertemakan masakan kampung Melayu. Peminat masakan Melayu, bolehlah memilih untuk iftar di sini.

Istimewa pada tarikh 12 Mac hingga 22 Mac 2024, harga untuk berbuka puasa hanyalah RM99 untuk seorang dewasa dan pastinya cukup berbaloi.

2. Hotel De Palma, Shah Alam

Terletak di seksyen 19, Shah Alam, Hotel De Palma menawarkan bufet ramadan dengan tema tradisi warisan nusantara yang pasti pelbagai pilihan makanan tradisional boleh didapati.

Harga yang ditawarkan hanyalah RM99 seorang dan RM75 seorang jika membuat tempahan sebelum 8 Mac 2024.

3. Restoran Rebung by Chef Ismail, Kuala Lumpur

Restoran Rebung by Chef Ismail ini terletak di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dan bufet ramadan di sini masih mengekalkan harganya di bawah RM100.

Bufet ramadan di sini berharga RM99 sahaja dan banyak lauk pauk masakan Melayu boleh didapati di sini dan pastinya hidangannya lazat.

4. Mios Kitchen

Untuk pengetahuan anda, Mios Kitchen tawarkan bufet ramadan di 3 lokasi cawangannya iaitu di Mios Kitchen Alami Garden Sekysen 13, Mios Kitchen Seksyen 15 Shah Alam dan Mios Kitchen Presint 15 Putrajaya.

Hanya berharga RM49.90 sahaja, anda dapat nikmati bufet masakan barat sehinggalah masakan Melayu boleh anda nikmati di sini. Buat anda yang mahukan kelainan, bolehlah memilih berbuka puasa di sini.

5. IKEA Malaysia

@ikeamalaysiaofficial

🍽️✨Our Special Buffet Dinner is back and tickets are up for grabs at Swedish Restaurant and Swedish Food Market. Hurry, while stocks last! 🎉 #IKEAMalaysia #ramadanbuffet #ramadanbukakbersama

♬ tadow – 𝔩𝔢𝔱

Kali ini IKEA Malaysia kembali dengan bufet ramadan berharga RM45.90 sahaja dan pastinya ini tawaran yang berbaloi untuk anda yang menyukai makanan di sini.

Antara menu yang sering menjadi perhatian adalah meatball, ayam kepak dan banyak lagi. Pastikan anda beli tiket dahulu.

6. Donnis Cafe, Selangor

@donniscafe

#iftar #iftarramadhan #donniscafe #fyp #fypage

♬ suara asli – BEKEN – Lowkey

Terletak di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang, Kuala Langat, Donnis Cafe ini antara yang menawarkan bufet ramadan berbaloi dengan harga serendah RM38.90 sahaja.

Menariknya, bufet ini menawarkan pelbagai menu dari masakan barat sehinggalah masakan Melayu yang akan memukau cita rasa anda.

Semoga senarai ini membantu anda untuk memilih tempat iftar bersama rakan atau keluarga. Bolehlah membuat temoahan awal dan selamat menjamu selera!