Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mendedahkan bufet Ramadan di hotel seluruh negara mengalami penurunan permintaan berbanding tahun sebelumnya, lapor Free Malaysia Today.

Ketua pegawai eksekutif MAH, Isaac Raj berkata kenaikan harga 10% hingga 20% mungkin antara faktornya dan hampir semua pengusaha hotel menaikkan sedikit harga mereka bagi menampung peningkatan kos operasi.

Baca Juga:

Difahamkan walaupun makanan dan minuman dikecualikan kenaikan cukai perkhidmatan mulai 1 Mac lalu, tetapi kenaikan 2% itu secara tidak langsung menjejaskan komponen lain seperti kos barangan dan logistik.

Kos operasi turut terjejas dengan kos barangan import lebih tinggi dan kenaikan tarif elektrik pada tahun lalu.

“Disebabkan semua orang berbelanja lebih konservatif, kami nampak penurunan ketara dalam permintaan untuk bufet Ramadan berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya kepada FMT yang enggan mendedahkan jumlah jualan.