Sebaik tiba bulan Ramadan, sejumlah hotel dan pemilik kedai makanan mula menawarkan pakej bufet berbuka puasa tanpa had buat para peminatnya. Lagi mahal harga pakejnya, maka makin mewah lah juadah yang ditawarkan kepada anda.

Namun, timbul persoalan sama ada ia benar-benar berbaloi seperti yang diperkatakan atau sekadar promosi untuk mengaut keuntungan besar daripada pelanggan?

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seorang pengurus berkecimpung dalam bidang F&B, Tuan Saify Ahktar menerusi TikToknya tampil mendedahkan realiti sebenar mengenai pakej bufet berbuka puasa yang dianggap berbaloi oleh ramai orang.

Bagi Tuan Saify, semua bufet Ramadan ini tidak kiralah pakej-pakej murah atau di hotel 5 bintang sekalipun sebenarnya sama sahaja. Tawaran bufet melebihi RM60 ibarat menjadi satu penipuan padahal kualiti hidangan yang disediakan oleh setiap restoran tetap sama sahaja.

bufet ramadan
Sumber Gambar: The Food Bunny

Dia kemudian mengatakan bahawa walaupun banyak makanan mahal yang diletakkan di meja hidangan, majoriti pelanggan akan mula berbuka dengan makanan murah seperti kuih-muih, bubur dan minuman manis yang menyebabkan anda cepat kenyang.

Sebaik perut sudah penuh, rata-rata orang hanya mampu makan hidangan utama dalam kuantiti yang sedikit. Di sini, para pelanggan sebenarnya menanggung kerugian kerana tidak dapat menikmati makanan setara dengan wang yang dibelanjakan.

bufet ramadan
Sumber Gambar: Sinar Harian

Malah, Tuan Saify mendedahkan bahawa para penyedia bufet hanya menfokuskan pada bulan Ramadan sahaja kerana boleh mendapatkan keuntungan setara 6 bulan iaitu 3x hingga 5x kali ganda kerana kos yang rendah.

Dalam pada itu, dia turut menyentuh tentang isu pembaziran makanan yang melampau yang berlaku di Malaysia ekoran kehadiran bufet seperti ini. Difahamkan jumlah pembuangan sisa makanan di Malaysia konsisten meningkat pada setiap tahun.

@saify.akhtar

Bro, kalau you bayar more than RM60 for Ramadan Buffet, you dah kena scam! It’s all about quantity, bukan quality tau. Sini I share to all of you about the darkside of Ramadan Buffet. If you nak sangat makan buffet, tunggu bos or your client jemput, then baru you pergi. Correct or not? #Buffet #BukaPuasa #Puasa #Ramadan #KLFoodie #ResipiMudah #ResipiBuka #Foodie #BuffetPuasa #BuffetTerbesar #MenuViral #MalaysiaFoodie #ResipiSimple

♬ original sound – Saify Akhtar – Saify Akhtar

Oleh itu, dia menasihatkan orang ramai untuk memilih menu ala-carte sahaja jika mahu membelanjakan wang lebih daripada RM60 kerana kualitinya yang lebih terjamin di samping mendapat layanan terus ke meja tidak seperti di bufet-bufet.