Seperti ramai sedia maklum, TikTok kini berjaya muncul sebagai antara platform media sosial dengan jumlah pengguna aktif tertinggi di dunia.

Hal ini membuatkan orang ramai berlumba-lumba untuk mendapatkan telefon pintar yang mempunyai keupayaan kualiti kamera hadapan dan belakang yang hebat.

Baca Juga:

Walau bagaimanapun, dapat dilihat di pasaran pada ketika ini, model yang menawarkan kualiti kamera yang hebat kebanyakannya hadir dengan harga yang tinggi.

Dalam pada itu, perkara ini tidak berlaku pada HONOR di mana para pengguna berpeluang mendapatkan telefon pintar yang berspesifikasi tinggi, mempunyai kualiti kamera yang hebat dengan harga mampu milik sahaja.

Tidak hairanlah model ini menjadi pilihan content creator. Ayuh kita ketahui lebih lanjut mengenai model terbaharu daripada HONOR ini.

1. Dilengkapi kamera 200-megapixel Super Sensing

Dalam mengambil sesebuah imej, sudah pastinya kualiti gambar yang terbaik antara yang didambakan pengguna. Perkara ini dilihat tidak menjadi masalah buat HONOR 90 yang hadir sensor kamera sehingga 200-megapixel.

Dinamakan sebagai 200-megapixel Super Sensing Camera, model ini berpeluang mendapatkan gambar terbaik meskipun pada keadaan cahaya malap.

Bukan itu sahaja, visual yang diambil pada waktu malap turut menerima pencahayaan ideal yang sekaligus bakal membangkitkan visual sesebuah gambar. Berikut merupakan antara gambar menarik yang diambil menggunakan HONOR 90.

2. 50-megapixel Super Clear Front Camera

Tidak kurang pentingnya seperti mana kamera pada bahagian belakang, HONOR 90 turut hadir dengan sensor besar pada bahagian hadapan dengan penawaran sensor 50-megapixel.

Bukan itu sahaja, para pengguna turut berpeluang membuat rakaman dengan resolusi 4K tanpa mengira tempat dan masa. Pasti tiada lagi isu video kabur sebelum memuat naik di media sosial. Penawaran lensa ultra lebar membolehkan lebih ramai individu dapat selfie bersama dalam sebuah gambar.

3. Sokongan rakaman video secara serentak.

Kami yakin anda pernah mengalami situasi di mana anda dalam dilema sama ada untuk merakam detik berharga menggunakan kamera hadapan atau belakang.

Perkara ini dilihat tidak lagi berulang menerusi HONOR 90 di mana model ini sedia menyokong ciri rakaman serentak. Bukan itu sahaja, model ini sedia menawarkan enam mod rakaman buat para pengguna.

4. RAM 12GB dan ruang storan sehingga 512GB

Khusus buat para content creator, anda pastinya tidak perlu lagi risau soal telefon pintar anda mudah lag atau ruang storan penuh. Hadir dengan varian 12GB RAM dan 512GB ruang storan, para pengguna berpeluang menyimpan gambar dan video tanpa perlu risau soal ruang storan.

Turut dibantu bersama ada processor Qualcomm Snapdragon 7 Gen 1 yang sekaligus bakal membantu model ini bebas daripada masalah lag lebih-lebih lagi sewaktu membuat suntingan video.

5. Dilengkapi bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh

Model yang mempunyai kapasiti bateri yang besar seringkali hadir dengan saiz yang besar namun tidak bagi HONOR 90.

Hadir dengan ketebalan 7.8mm serta seberat 183g, model yang sedap dipegang untuk digunakan ini turut menyertakan bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh.

Bukan itu sahaja, penawaran 66W HONOR SuperCharge membolehkan pengguna mengecas daripada 0-45% dalam tempoh sepantas 15 minit sahaja. Serius membantu buat anda yang kerap bekerja menggunakan telefon pintar.

6. Membantu mengelakkan mata pengguna mudah letih

Sekiranya anda kerap menggunakan telefon pintar, pastinya anda akan perasan di mana mata anda akan menjadi letih serta kering selepas menggunakannya dalam tempoh yang panjang.

Menarik dengan HONOR 90, situasi ini mungkin tidak lagi berlaku dengan kerap menerusi penyertaan teknologi 3840Hz ultra-high frequency PWM dimming.

Teknologi yang pertama kali ditawarkan pada telefon pintar ini membuatkan HONOR 90 tampil berbeza dengan pesaing sekaligus membuktikan model ini mementingkan kesihatan mata pengguna.

Harga

Sarat dengan fungsi serta spesifikasi yang hebat, sudah pasti ramai yang membayangkan HONOR bakal menawarkan harga yang premium buat HONOR 90 namun HONOR berjaya memberikan sebaliknya.

Model terbaharu HONOR 90 sekadar boleh didapatkan dengan harga serendah RM1,799 sahaja bagi spesifikasi 12GB RAM dan 256GB ruang storan manakala model 12GB RAM dan 512GB ruang storan pula ditawarkan pada harga RM2,099.

Oh ya, bukan itu sahaja, HONOR turut sedia menawarkan hadiah percuma mencecah RM647 buat para pembeli yang terdiri daripada HONOR Earbuds X5, sokongan waranti tambahan 1+1 dan juga perlindungan bagi skrin selama 180 hari. Berbaloi bukan?

Model dengan spesifikasi lebih rendah iaitu HONOR 90 Lite pula sedia ditawarkan dengan harga yang lebih mampu milik iaitu serendah RM1,099 sahaja. Sememangnya sebuah harga yang berbaloi dengan ideal melihatkan kepada harga yang ditawarkan beserta penawaran kamera 100-Megapixel Ultra Clear Camera.

Bersempena dengan TikTok Awards yang bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi, HONOR secara rasminya dipilih sebagai rakan kerjasama dalam memilih Creator of The Year. Ayuh lawati kedai rasmi HONOR untuk berpeluang membuat undi tambahan bermula 15 Ogos sehingga 26 Ogos ini. Apa tunggu lagi? Inilah masanya untuk mengundi influencer pilihan anda.