Hatyai merupakan salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia sama ada mahu bercuti bersama keluarga atau bersama sahabat dan rakan-rakan.
Lokasi yang tidak jauh dari Malaysia, banyak pilihan makanan yang halal dan harga yang murah merupakan faktor utama mengapa rakyat negara kita gemar ke daerah yang terletak di Selatan Thailand itu.
Baca Juga:
- Influencer Ditegur Pak Cik Cina: ‘Ini Tempat Tak Halal, Melayu Tak Datang Sini’
- ‘Satay Club’, Geng Mat Saleh Bawa Chef Indonesia ke Amsterdam Buka Kedai Sate Halal
- Mengaku Bersalah Pamer Logo Halal Tak Sah, Pemilik Restoran Minta Jaminan Dikurangkan Sebab Tak Cukup Duit
Baru-baru ini, penulis berkesempatan untuk mengunjungi Hatyai dan ini 6 tempat makan hahal yang wajib korang pergi sekiranya berkunjung pada tahun 2025.
6 Tempat Makan Halal Hatyai Wajib Pergi
1. Chabura Dimsum

Chabura Dimsum menjadi pilihan pengunjung untuk sarapan pagi dimana mereka menyediakan pelbagai pilihan dimsum dengan harga bermula 15 Baht.
Selain dimsum, pengunjung boleh mencuba Toyam Kering Seafood yang merupakan best seller di Chabura.
2. Asean Night Bazaar

Asean Night Bazaar menyediakan pelbagai jenis barangan dan juga produk makanan serta minuman menarik kepada pengunjung.
Di tingkat bawah, pengunjung boleh mendapatkan barangan wajib Thailand seperti seluar gajah dan inhaler herba.
Di tingkat atas, ada banyak pilihan makanan dan minuman dimana antara yang boleh dicuba ialah kerabu maggie, pad thai, beef noodles dan chicken fingers.
3. Ayutthaya Noodle Halal

Sekiranya anda peminat beef noddles, Ayutthaya Noodle Halal merupakan tempat yang wajib anda kunjungi.
Kuah yang kaya dengan rasa selain sate daging yang empuk boleh memuaskan craving anda di sini.
4. Kaitod Meena

Anda peminat Khairul Aming? Nasi khao mok di Kaitod Meena pernah menjadi viral selepas dikunjungi oleh KA beberapa tahun lepas.
Ayam yang crispy dan nasi kuning yang kaya dengan aroma merupakan satu kombinasi yang sempurna semasa kunjungan anda ke Hatyai.
5. Kimyong Market

Kim Yong Market menyediakan pelbagai pilihan souvenir untuk dibawa pulang dan dikongsikan dengan keluarga atau rakan-rakan.
Terdapat pelbagai pilihan antaranya kacang gajus, kacang hazel, paste tom yam dan buah longan yang anda boleh bawa pulang.
6. Central Hatyai – Toro Fries/Cincao

Central Festival merupakan salah satu pusat beli belah terbesar di Hatyai dan ada beberapa tarikan menarik yang anda boleh cuba.
Untuk kaum wanita, anda boleh membeli barangan make up dan skincare di Boots dan Beautrium dan apabila selesai shopping, boleh mencuba Toro Fries dan juga Air Cincau.