Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Padang Besar sesak dipenuhi rakat Malaysia yang mengambil peluang bercuti sempena Deepavali dengan memasuki Hatyai, Thailand dengan dianggarkan sebanyak 100 buah bas beratur dari lokasi pejabat imigresen sehingga ke jalan utama di Pekan padang besar.
Sumber Kosmo! melaporkan lebih 5,000 pelancong domestik telah melintasi sempadan Padang Besar berdasarkan jumlah bas, perkhidmatan tren dan kenderaan persendirian yang melintasi laluan antarabangsa.
Baca Juga:
- Impak ‘Marketing’ Khairul Aming, Gerai Nasi Khao Mok Di Hatyai Jadi Tumpuan Pelancong Malaysia
- Tunjuk Hebat ‘Drift’ Di Hatyai, Seorang Rakyat Malaysia Terpaksa Bayar Ganti Rugi Sebanyak RM12,438
- Lengkap Dengan Bilik Karaoke, KTMB Tawar Koc Mewah Ke Hatyai Untuk Keselesaan Penumpang
Manakala seorang pemandu pelancong dari Negeri Sembilan yang bertanggungjawab menguruskan 3 buah bas masuk ke Thailand menyatakan bahawa faktor rakyat Malaysia memghabiskan cuti perayaan di Hatyai adalah kerana makanan yang lazat, ditambah pula dengan harga yang murah.
Selain itu, faktor harga yang murah sekitar RM400 hingga RM300 yang ditawarkan untuk pakej 4 hari 3 malam di Hatyai juga menjadi asbab mengapa rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Hatyai.
Untuk rekod, kira-kira 700,000 ribu pelancong telah memasuki Hatyai melalui Perlis dari bulan Januari sehingga Ogos. Daripada jumlah tersebut, seramai 555,304 memasuki Thailand melalui sempadan Padang Besar dan 148,336 melalui Wang Kelian, lapor Utusan Malaysia.