Pada saban tahun, jutaan rakyat Malaysia yang datang ke Thailand sebagai pilihan destinasi pelancongan. Rata-rata warga tempatan mendakwa di sana lebih murah untuk menikmati makanan sambil bercuti.
Bagaimanapun, seorang lelaki tempatan meluahkan kekecewaan dengan penawaran di Hatyai yang tidak seindah yang disangka.
Dia berpendapat Hatyai bahawa sebuah lokasi yang terlalu dinilai tinggi, mahal dan tidak asli lagi.
“Hatyai adalah overrated, expensive dan fake plastic,” tulisnya di Threads.
Tambahnya meskipun ada penawaran makanan halal tetapi tidak menjaga etika kebersihan pula. Dia malah enggan datang ke Hatyai lagi ekoran isu berkenaan.
Lelaki ini turut mendedahkan dia sudah pernah pergi beberapa kali ke sana iaitu pada tahun 2008 dan 2012 yang mana pada ketika itu dengan RM300 sudah cukup menampung perbelanjaan sepanjang tiga hari termasuklah hotel, makanan dan pengangkutan.
Walaupun berlakunya inflasi, dia merasakan harga yang dikenakan tidak masuk akal dalam pelbagai aspek dan dikatakan jauh lebih mahal berbanding di Malaysia.
Dia berkongsi harga makanan yang dikenakan baru-baru ini setinggi 199 baht (~RM25.51)untuk tom yam dan nasi putih bujang cecah 100 baht(RM12.82). Kalau di Malaysia harga bagi lauk dan menu nasi ini tidaklah semahal ini jika diikut logiknya.
Perkongsian lelaki tersebut telah meraih perhatian netizen tempatan dan rata-ratanya bersetuju dengan kenyataan bahawa Hatyai kini adalah lokasi ‘overrated’.
Dalam pada itu, ramai juga mengeluh tentang harga makanan di sana semakin mahal dan paling teruk sekali tidak setara dengan kualitinya.
Tidak cukup setakat itu sahaja, ada juga yang mendakwa wujud kedai bukan halal yang menggunakan imej muslim dengan mengenakan tudung untuk pekerja wanita kerana mampu menarik minat pelancong Malaysia untuk datang.
Buat yang pernah melancong ke sana, mereka turut membandingkan jika dahulunya semua harga servis atau makanan sememangnya mampu milik yang mana jauh sekali situasi pada masa kini.
Bagaimanapun, ada yang berkongsi tips di mana tidak disarankan pergi ke lokasi terkenal yang sering digembar-gemburkan di media sosial dan lebih baik bertanya dengan warga setempat di sana lokasi-lokasi yang dikatakan hidden gem yang jauh lebih bagus dan paling utama sekali harga yang mampu milik.