Tujuh ejen kastam ditahan kerana disyaki bersubahat dengan pemilik kereta mewah untuk mengurangkan duti mencecah RM33 juta secara tidak sah.
Kesemua suspek berusia 30-an hingga 60-an itu ditahan secara berasingan antara pukul 5 petang dan 10.30 malam Khamis ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Kedah.
Baca Juga:
- Terlibat Aktiviti Macau Scam, 31 Polis Bersubahat Dengan Addy Kanna Bakal Diberhentikan Kerja
- Pasangan Suami Isteri Ditahan, Didakwa Bersubahat Lindungi Long Tiger
Majistret Nurshahida Abdul Rahim membenarkan perintah reman empat hari sehingga Isnin depan, di Mahkamah Majistret Alor Setar, Kedah pagi tadi.
“Ejen kastam berkenaan dipercayai bersubahat mengemukakan dokumen mempunyai maklumat palsu bagi tujuan mendapatkan pengurangan penilaian duti kastam sedangkan kenderaan berkenaan tidak layak.
“Dalam operasi yang dilakukan oleh Bahagian Operasi Khas SPRM juga membuat serbuan di beberapa premis perniagaan, pejabat agensi kerajaan serta kediaman di sekitar Lembah Klang, Kedah, Johor, Perak dan Sabah,” katanya pada hari semalam.
Menurutnya, kesemua suspek direman empat hari bermula hari Jumaat lalu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Menerusi Seksyen 18 Akta SPRM 2009, ia akan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.