Lauk ikan bakar untuk hidangan tengah hari bukanlah sesuatu di luar kebiasaan. Kami pun dah selalu makan. Bila dijemput ke Restoran Arang Ikan Bakar di Bukit Raja, Shah Alam, kami agak skeptikal. Apa sangatlah istimewanya di sini…
Melihat crowd di sini, memberi kami harapan yang restoran ini mungkin berbeza dari yang lain.
Konsepnya layan diri dan alirannya begini; pilih lauk bakar dari pelbagai jenis ikan seperti ikan pari, keli, kembung, siakap dan cencaru, atau pun sotong bakar, daging bakar mahupun ayam percik.
Seterusnya ambil nasi dan pilih kuah sama ada kuah kari ikan atau asam pedas.
Ini yang paling menarik. Pilihan air asamnya, memang rare. Ada 7 jenis semuanya iaitu air asam biasa, air asam kerisik, air asam Kedah, sambal belacan, sambal quinin, sambal tempoyak dan cili kicap. Sambal quinin baq ang..! Mana nak jumpa di Lembah Klang ni?!
Tak cukup dengan itu, pilihan ulamnya pula, memang ulamlicious! Lihat sendiri apa yang ada.
Air minuman; air sirap atau air suam pula diberi secara percuma.
Ok, sudah jelas flownya? Jom kita rasa. Memandangkan tim Vocket Makan menjadi tetamu, maka cara hidangannya lain macam sikit. Nah, himpunan ikan bakarnya.
Ikannya segar-segar belaka dan tidak medak (lebam). Selalu makan dibakar atas dapur, kali ini dibakar di atas arang, memang bergandalah sedapnya. Apatah lagi apabila ikan cencaru disumbat dengan sambal kelapa yang rasanya sesedap masakan ibu.
Bukan setakat ikan sahaja, sotong bakarnya juga amatlah menggiurkan. Semuanya diperap dengan perapan istimewa dan dihidang bersama sos merah resepi tersendiri.
Baca: Resepi Sotong Goreng Tepung Tanpa Letup Ini Telah Dikongsi 26,000 kali
Daging bakarnya lembut, diperap sempurna dan cukup terasa akan masin garam dan serainya.
Bahagian ayam percik pula agak besar dan kuah perciknya pula manis-manis pedas.
Kesemua makanan bakar tadi bila dicicah pula dengan 7 pilihan air asam, peh! Memang nampak rupa mak ayah di kampung tatkala menelan lauk pauk ini.
Kuah pula kami cuba kedua-duanya iaitu Asam Pedas Pari dan Kari Kepala Ikan. Kedua-duanya dihidangkan di dalam claypot.
Berbeza dengan asam pedas Melaka atau Johor yang biasa kami makan, pada kami asam pedas di sini kuahnya lebih pekat, bahkan ia sedap dihirup begitu saja. Kari kepala ikannya pula mungkin biasa-biasa sahaja, namun tetap tidak mengecewakan.
Walaupun minuman percuma disediakan, kami tetap tertarik dengan senarai air signature bersaiz jumbo di bawah jenama Arang Tapao Coffee yang terdapat dalam menu. Kami memesan Arang Green Tea, Arang Dinosaur, Arang Bandung serta Arang Vanilla.
Baca: Mudahnya Cara Buat Kopi Ala Kafe Hipster Tanpa Mesin Di Rumah
Semua air yang kami cuba memang sedap. Bancuhan susunya seimbang menjadikan rasanya tidak terlalu manis dan ketika aisnya cair sekali pun, rasanya tidaklah menjadi tawar, hebatkan? Oh, air kesemua perisa berharga RM6 setiap satu
Ingatkan semuanya sudah selesai, rupanya tidak. Kami dijamu pula dengan makanan kegemaran rakyat Kedah, Bihun Sup Utara! Dengan harga hanya RM5 sepinggan, anda pasti puas dengan semangkuk bihun ini.
Kami mulanya agak musykil bagaimana menu dan rasa di Restoran Arang ini begitu asli dengan rasa utaranya. Walaupun kami tahu pemilik restoran ini orang utara, tapi kami tak fikir beliau sendiri yang memasak di sini. Sehinggalah kami dimaklumkan yang chefnya diimport khas dari negeri Kedah. Patutlah rasanya semacam. Memang A! Hangpa kena mai test sendiri rasa lagumana!
Penduduk Shah Alam, Klang dan sekitar, jika ingin rasa apa yang kami rasa, ajaklah seisi keluarga dan terus start kereta, ke Bukit Raja sahaja, bukan jauh mana…
Nama Premis : Arang Ikan Bakar
Lokasi : No.49 Jalan Keluli AL 7/AL, Pusat Perniagaan , Bukit Raja, 40000 Shah Alam (waze)
Layari Website dan Facebook.
Waktu beroperasi : Selasa – Khamis, 9am – 7pm. Jumaat – Ahad, 9am – 11pm