Pada ketika ini, sudah menjadi kebiasaan buat orang ramai khususnya warga emas menghidap penyakit diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis.

Dalam pada itu, siapa sangka penyakit yang sebelum ini terdiri daripada warga emas sudah mulai menjadi merebak kepada golongan dewasa seawal umur 20-an.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Terbaharu, menurusi laporan Perpustakaan Perubatan Amerika Syarikat (NCBI), seramai tujuh juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas berisiko menghidap penyakit diabetes menjelang tahun 2025.

Sumber: Hopkins Diabetes Info

Hal ini nyata memberi tamparan hebat kepada orang ramai untuk menjaga kesihatan agar tidak tergolong dalam kumpulan ini. Sementara itu, pihak kerajaan dijangka terpaksa berbelanja lebih lagi bagi menangani pesakit diabetes berbanding pada ketika ini pada jumlah RM4.9 bilion untuk 3.9 juta pesakit.

Kehadiran manisan-manisan viral serta tabiaat sebahagian besar rakyat Malaysia yang mengambil gula putih lebih daripada yang diperlukan badan antara yang menjadi punca berlaku peningkatan pesakit diabetes setiap tahun.