Pengguna jalan raya di sekitar Jalan Tun Dr Ismail di sini hari ini dikejutkan dengan aksi kejar-mengejar dramatik melibatkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan polis yang mengepung sebuah kereta jenis Proton Waja.

Insiden yang berlaku kira-kira jam 10.30 pagi itu menyaksikan kenderaan yang dinaiki tiga lelaki itu cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis, sebelum berjaya disekat dan dikepung oleh sepasukan kereta peronda (MPV), petik Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim bin Hj Osman dalam kenyataan rasminya mengesahkan bahawa pihak polis menerima laporan mengenai insiden kejar-mengejar tersebut pada jam 10.45 pagi.

“Siasatan awal mendapati kereta peronda polis (MPV) IPD Seremban telah mengejar kereta Proton Waja terbabit yang bertindak memecut melarikan diri daripada pemeriksaan pihak polis di sekitar kawasan bandar Seremban.

“Hasil tindakan pantas, kenderaan suspek berjaya dihalang. Pihak polis berjaya menahan dua lelaki, manakala seorang lagi rakan mereka sempat melarikan diri,” katanya.

@nogoripost

Geng curi kabel kena kepung ketika cuba larikan diri SEREMBAN: Tindakan sekumpulan geng curi kabel yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis membongkar rahsia kegiatan mereka melakukan curi kabel di daerah ini. Dalam video yang dirakam orang awam, sekurang- kurangnya lapan kenderaan polis mengejar dan mengepung sebuah kereta yang dinaiki tiga lelaki berhampiran Masjid Jamek Seremban, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerima satu laporan polis kira-kira jam 10.45 pagi berkaitan kejadian itu. “Siasatan awal mendapati kereta peronda polis (MPV) IPD Seremban mengejar sebuah kereta Proton Waja yang melarikan diri daripada pemeriksaan pihak polis di sekitar kawasan Jalan Tun Dr Ismail, dekat Bandar Seremban, di sini. “Dalam kejadian ini, kenderaan yang dinaiki suspek ini berjaya dihalang dan pihak polis menahan dua lelaki manakala seorang rakannya berjaya melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Mohd Yatim berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu menjumpai sebanyak 14 alatan untuk mencuri kabel serta senjata berjadual. “Selain itu pihak polis turut menjumpai dua paket plastik lutsinar disyaki dadah. “Hasil soal siasat dijalankan ke atas tangkapan mengakui mereka bersama rakannya yang masih bebas melakukan kegiatan curi kabel di sekitar kawasan Seremban,” katanya. Jelasnya lagi, semakan rekod jenayah ke atas kedua-dua tangkapan mendapati masing-masing mempunyai tujuh dan 10 rekod atas pelbagai kesalahan jenayah dan dadah. “Semakan ke atas kereta Proton Waja mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita dan ia digunakan suspek yang melarikan diri,” katanya. Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual. “Tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman bagi siasatan lanjut. “Masyarakat yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Amram Ismail di talian 019-9661346 atau bilik gerakan IPD Seremban di talian 06-6033222,” katanya. Video kredit pembaca #curikabel #mpvpolis #seremban

♬ Shadows of Suspense – Adauto Assis

Menurut Mohd Yatim, pemeriksaan lanjut di dalam kenderaan tersebut membawa kepada penemuan 14 peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel serta beberapa senjata berjadual. Selain itu, polis turut menjumpai dua paket plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah.

Hasil soal siasat mendapati kedua-dua suspek yang ditahan mengaku terlibat dalam kes kecurian kabel di sekitar Seremban. Semakan rekod lampau mendapati kedua-dua suspek masing-masing mempunyai tujuh dan 10 rekod jenayah lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Siasatan ke atas Proton Waja yang dinaiki suspek pula mendapati ia didaftarkan atas nama seorang wanita, dan digunakan oleh suspek yang kini sedang diburu (melarikan diri).

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Letupan Senjata Berjadual 1958. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya terus kepada Pegawai Penyiasat, Sarjan Amram bin Ismail di talian 019-9661346 atau Bilik Gerakan IPD Seremban di talian 06-6033222.