Sejarah bakal tercipta di bumi Melaka apabila saingan Liga A3 Community (turut dikenali Liga M5) akan membuka tirainya pada 4 Mei nanti.

Kejohanan yang pertama kali diadakan di negeri Hang Tuah itu bakal berlangsung di Stadium UTeM, Durian Tunggal dan menampilkan lapan pasukan.

Baca Juga:

Perlawanan antara Scofa FC menentang Danke FC akan menjadi perlawanan pembuka tirai kejohanan ini selepas diundi pada majlis yang diadakan di MITC Hotel Melaka, malam tadi.

Semua pasukan bertanding tampak bersemangat untuk mengharungi liga A3 Community yang akan diadakan beberapa hari sahaja lagi.

Menurut kenyataan dikeluarkan, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang merupakan Presiden Persatuan Bolasepak Melayu Melaka Baru (PPBMM) mengakui gembira dan teruja melihat penglibatan dan persiapan semua pasukan bertanding.

Beliau turut melihat penganjuran Melaka A3 Community Super League Series 1 ini dapat merancakkan lagi kancah bola sepak di Melaka.

Menurut sumber dipercayai, kejohanan akan berlangsung secara liga dan empat pasukan teratas akan beraksi di peringkat separuh akhir.

Jumlah keseluruhan hadiah kemenangan sebanyak RM8,500, piala pusingan, baucar jersi zerofour dan slot ke liga A2 Amateur 2025 buat pasukan yang muncul juara dan naib juara .

Turut hadir pada malam undian tersebut ialah Sani Bin Haji Kalam ( Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Melayu Melaka Baru), Sahdan bin Shaherom (Ketua Pengarah Eksekutif Super Football League) dan Muhd Razali bin Omar Othman (Pengerusi Super Football League)

Berikut merupakan lapan pasukan yang sah akan beraksi dalam saingan Melaka A3 Community Super League Series 1:

1. Dynamo FC
2. Serkam United FC
3. SBC FC
4. Melaka Cops FC
5. Scofa FC
6. UTeM United FC
7. Sg. Putat FC
8. Danke FC