Kalau sebelum ni anda masih ragu-ragu untuk bertukar ke kenderaan elektrik (EV), 2025 mungkin akan jadi tahun yang mengubah segalanya.

Menerusi kemajuan teknologi, pelaburan besar dari pengeluar, dan sokongan kerajaan yang semakin meluas, peralihan ke EV bukan lagi sekadar trend, tapi satu keputusan bijak untuk masa depan.

Berikut merupakan 9 sebab kukuh kenapa 2025 adalah masa paling tepat untuk anda mula hidupkan ‘charger’ dan tinggalkan pam minyak.

1. Lebih Banyak Pilihan Model EV Di Pasaran

kereta Ev
Sumber: BYD

Tahun 2025 menyaksikan lebih banyak model EV ditawarkan dari jenama popular seperti Tesla, BYD, Hyundai, BMW, Volvo hingga ke jenama tempatan seperti Proton.

Sama ada anda cari EV kompak, SUV keluarga, atau EV mewah, pilihan semakin banyak dan memenuhi semua bajet serta keperluan.

2. Harga Semakin Mampu Milik

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV

Dulu EV mahal sebab teknologi bateri masih baru. Tapi sekarang, kos pembuatan makin rendah, bateri makin efisien.

Hasilnya, harga EV semakin kompetitif, malah ada yang lebih murah dari model petrol setara. Menerusi insentif kerajaan, anda mungkin boleh dapat EV pertama anda pada harga sekitar RM120,000.

3. Insentif Cukai Dan Rebat Masih Aktif

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV

Kerajaan Malaysia masih menawarkan insentif pengecualian cukai untuk EV sehingga hujung 2025. Ada juga pengecualian duti import, diskaun cukai jalan, dan geran untuk pengecas rumah.

Ini semua boleh jimat ribuan ringgit namun hanya kalau anda ambil tindakan sebelum insentif ini tamat.

4. Kos Penyelenggaraan Jauh Lebih Rendah

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV
Sumber: Zecar

Bayangkan anda tak perlu tukar minyak hitam, spark plug, timing belt atau air radiator. Penyelenggaraan EV secara keseluruhan lebih murah dan kurang ‘headache’.

Ramai pemilik EV melaporkan servis tahunan di bawah RM300 sahaja. Dari segi jangka masa panjang, anda sememangnya boleh jimat secara besar-besaran.

5. Caj Bateri Kini Lebih Pantas Dan Mudah Diakses

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV

Infrastruktur pengecasan EV juga semakin berkembang. Dari stesen TNB Electron, Gentari, hingga ke Tesla Supercharger, kini anda boleh caj dengan lebih pantas.

Masa caj juga sudah jauh lebih pendek berbanding dahulu di mana terdapat model yang menawarkan sokongan pengecasan 10% ke 80% dalam tempoh 30 minit.

6. Prestasi Lebih Power Dari Jangkaan

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV

Jangan ingat EV ni ‘slow’. Sebaliknya, kebanyakan EV mempunyai torque serta pickup yang lebih pantas dari kereta biasa. Model seperti Tesla Model 3 dan BYD Seal boleh memecut dari 0 ke 100km/j dalam masa bawah 5 saat.

Sebagai perbandingan, seseorang pengguna perlu berbelanja besar dalam mendapatkan kereta dengan kelajuan yang tinggi setara EV.

7. Reka Bentuk Lebih Futuristik Dan Bergaya

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV

EV moden sering kali direka dengan gaya minimalis dan teknologi tinggi seperti saiz skrin yang besar, ambient lighting, sistem infotainment canggih.

Anda bukan saja dapat kereta, tapi pengalaman memandu yang lebih ‘smart’ dan premium. Memang terasa memandu atau berada dalam sebuah kereta yang moden dan serba canggih.

8. Sokongan Komuniti Dan After-Sales Yang Semakin Kuat

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV
Sumber: Facebook MyEVOC

Dulu pemilik EV seakan komuniti kecil. Namun sekarang tidak lagi. Semakin ramai pengguna EV dengan support group di media sosial, app pengecas, hingga ke bengkel khusus EV.

Sokongan dari pengeluar pun bertambah baik dalam menawarkan lebih banyak pusat servis khas untuk EV, termasuk bantuan tepi jalan jika bateri habis.

9. Pilih EV = Pilih Masa Depan Yang Lebih Bersih

9 Sebab Mengapa 2025 Adalah Tahun Terbaik Untuk Bertukar Ke Kereta EV

Dengan EV, anda bukan sahaja jimat duit. Malah, anda juga bantu kurangkan pelepasan karbon dan pencemaran bunyi. Setiap kilometer yang anda pandu dengan EV, anda sedang kurangkan kesan kepada alam sekitar. Anak cucu pun dapat hidup dalam dunia yang lebih bersih.

Kalau selama ni anda tunggu masa yang sesuai untuk bertukar ke EV tahun 2025 adalah masanya! Harga model kenderaan semakin mampu milik, pilihan yang berada di pasaran semakin banyak, insentif masih ada, dan teknologi makin matang. Ini bukan sekadar pilihan bijak, ini pelaburan untuk masa depan.