Tumpuan para pemain badminton dunia kini beralih ke saingan Malaysia Masters 2025 yang akan bermula pagi esok di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Kejohanan berstatus Super 500 dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) itu bakal menampilkan barisan pemain terbaik dunia seperti Anders Antonsen, Li Shi Feng, Wang Zhi Yi, Han Yue, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin dan pemain-pemain utama negara.
Baca Juga:
- Kejuaraan Berganda Buat Malaysia, Aaron-Wooi Yik Turut Ungguli Terbuka Thailand 2025
- Pearly-Thinaah Muncul Juara Terbuka Thailand 2025
- Kenny Goh Jawab Spekulasi Pearly-Thinaah Akan Tinggalkan BAM
Pasangan beregu yang baharu sahaja dinobatkan selaku juara Terbuka Thailand 2025 iaitu Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah sekali lagi diharapkan dapat mengulangi kejayaan mereka.
Apatah lagi pemain-pemain negara bakal mendapat sokongan padu puluhan ribu penyokong tempatan yang akan memenuhi segenap ruang stadium.
Walaupun berstatus Super 500, namun kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai lebih RM2 juta.

Hadiah Malaysia Masters 2025
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $1,662.50 (RM7,164.49).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $1,781.25 (RM7,676.24).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $2,850.00 (RM12,283.90) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $3,443.75 (RM14,847.38).
Tewas di separuh akhir
Bagi pemain yang terlepas peluang untuk ke perlawanan akhir dalam acara perseorangan lelaki dan wanita, mereka menerima wang tunai bernilai $6,887.50 (RM29,688.90).
Pasangan beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal menerima hadiah bernilai $6,650.00 (RM28,665.14).
Naib Juara
Bagi pemain yang tewas pada perlawanan akhir dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $18,050 (RM77,804.38).
Juara
Habuan lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita Malaysia Masters 2025 apabila mereka akan membawa pulang $35,625.00 (RM153,515.25) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $37,525 (RM161,699.69).