Cristiano Ronaldo sekali lagi kempunan trofi bersama Al Nassr. Meskipun Ronaldo berjaya mencetak gol ke-100 bersama Al Nassr, namun akhirnya dia dan rakan rakannya kecewa, kalah di tangan Al Ahli dalam aksi Piala Super Saudi.
Ronaldo kini sudah kalah 4 final Piala Super Saudi berturut turut bersama Al Nassr.

Pertandingan yang berlangsung di Hong Kong Stadium menarik lebih 30,000 penonton, menandakan kejayaan besar penganjuran edisi kali ini di luar Arab Saudi.
Ronaldo membuka tirai jaringan pada minit ke-41 melalui sepakan penalti. Gol itu meletakkan namanya dalam buku sejarah sebagai pemain pertama yang menjaringkan 100 gol untuk empat kelab berbeza – Real Madrid, Manchester United, Juventus dan Al-Nassr.
Namun kelebihan itu tidak bertahan lama apabila Franck Kessié menyamakan kedudukan untuk Al-Ahli sebelum rehat.
Separuh masa kedua, seorang lagi bintang, Marcelo Brozovic berjaya meletakkan Al-Nassr kembali di hadapan pada minit ke-82.
Tetapi sekali lagi Al-Ahli bangkit melalui Roger Ibanez yang menjaringkan gol penyamaan lewat permainan. Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat masa sebenar.
Perlawanan akhirnya ditentukan menerusi sepakan penalti. Ronaldo menyempurnakan tugasannya, tetapi rakan sepasukan Abdullah Al-Khaibari gagal, sekali gus memberikan kemenangan 5-3 buat Al-Ahli.
Kekalahan ini bermakna Ronaldo masih belum meraih sebarang trofi besar bersama Al-Nassr sejak menyertai kelab itu pada 2023, walaupun berjaya mencipta rekod peribadi luar biasa.
Cristiano Ronaldo with Al-Nassr:
❌ Lost 4 Saudi Super Cups
❌ Lost 3 Saudi King Cups
❌ Lost 3 Saudi Pro Leagues
❌ 3 AFC Champions League
✅ Won 1 Champions Cup (Friendly)
❌ Lost 3 Riyadh Season Cups
❌ Lost 1 Riyadh Super Cup pic.twitter.com/AJXaPSpUOs— Total Football (@TotalFootbol) August 23, 2025
Bagi Al-Ahli pula, kejayaan ini menambah satu lagi koleksi piala penting buat mereka, sekaligus menamatkan penantian selepas kempen lalu.
Ronaldo tetap memberikan kata kata semangat kepada rakan rakannya selepas kekalahan itu. Membuktikan kualitinya sebagai seorang kapten legenda.
Cristiano Ronaldo signals to his teammates to hold their heads high as they collect their silver medals.
pic.twitter.com/d07qmY75cG— Al Nassr Zone (@TheNassrZone) August 23, 2025