Ketua jurulatih pasukan negara, Peter Cklamovski memberi penjelasan mengenai situasi pemain tengah JDT iaitu Nacho Mendez.
Baru-baru ini, Peter memanggil seramai 29 pemain bagi menghadapi dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestine.
Baca Juga:
- Richard Chin Berada Dalam Senarai 29 Pemain Dipanggil Skuad Harimau Malaya

- ‘Beza Kelas’ – Penyokong Garuda Anggap Facundo Garces Tidak Setaraf Jay Idzes

- Instagram Facundo Garces Diserang Warga Indonesia

Nama Nacho tidak berada dalam senarai utama mahupun senarai menunggu sekaligus menimbulkan persoalan.

Pendapat Peter Cklamovski Mengenai Nacho Mendez
“Nacho Mendez lebih kepada senario yang melibatkan fizikal dan kecergasan.
“Saya rasa dia pemain yang mempunyai minit bermain paling banyak dalam liga. Nacho menampilkan prestasi yang bagus.
“Saya bercakap dengannya sebelum ini dan dia sangat teruja untuk beraksi bersama skuad kebangsaan.

“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengannya. Saya harap dia bersedia untuk dipanggil pada Oktober,” katanya.
Dalam senarai kali ini, Peter Cklamovski mengekalkan 25 pemain dari perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam tempoh hari.

Peter turut memanggil empat muka baharu iaitu Sergio Aguero, Suhaimi Husin, Azam Azmi Murad dan juga Richard Chin.
Skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan berpusat di Kuala Lumpur dari 1 hingga 3 September 2025 sebagai persiapan untuk dua perlawanan persahabatan.