Pemain skuad Harimau Malaya, Sergio Aguero membidas tindakan kelab yang memanggil pemain kembali ke pangkuan mereka ketika pasukan negara sedang menghadapi saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024.
Menurut pemain Sri Pahang itu, tindakan yang dilakukan oleh beberapa kelab Liga Malaysia adalah salah dan mereka patut memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.
Baca Juga:
- Piala ASEAN 2024: Seri Bertemu Singapura, Malaysia Gagal Ke Separuh Akhir
- Newin Chidchob: Buriram United Lebih Hebat Daripada JDT, Standard Liga Malaysia Tidak Setaraf Liga Thailand
- Piala ASEAN 2024: Info Siaran Langsung Malaysia vs Singapura (Live Streaming)
“Saya harus mengucapkan terima kasih kepada kelab saya iaitu Sri Pahang kerana membenarkan saya beraksi sejak hari pertama.
“Kepada kelab yang melepaskan pemain, kemudian mereka memanggil semula untuk kembali beraksi bersama mereka, itu adalah satu perkara yang salah. Mereka perlu memberi sokongan kepada pasukan negara,” kata Sergio Aguero ketika ditemui selepas perlawanan menentang Singapura.
Hasrat Malaysia untuk mara ke peringkat separuh akhir dalam saingan edisi kali ini tidak kesampaian selepas hanya mampu seri ketika berdepan Singapura dalam aksi terakhir kumpulan A.
Keputusan itu membolehkan Singapura mara ke peringkat seterusnya manakala Malaysia kandas di peringkat kumpulan selepas mengutip lima mata dan menduduki tangga ketiga dalam kumpulan A.
Satu lagi perlawanan terakhir kumpulan A menyaksikan Thailand berjaya mengatask Kemboja sekaligus mengiringi Singapura ke peringkat separuh akhir.