Datuk Wira Yusoff Mahadi menegaskan Datuk Joehari Ayub meletak jawatan sebagai presiden FAM adalah keputusannya sendiri.

Rabu lalu, Datuk Joehari mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Presiden FAM selepas 6 bulan memegang jawatan.

Baca Juga:

Keputusan ini menimbulkan persoalan di kalangan ramai pihak, malah ada yang berpendapat perkara itu kerana ‘tangan ghaib’ dalam FAM.

Yusoff Mahadi

Datuk Wira Yusoff Mahadi selaku Pemangku Presiden FAM dalam satu sidang media kemudiannya menanggapi perkara ini.

Kenyataan Datuk Wira Yusoff Mahadi

”Selepas seminggu, kami bawa ini ke Mesyuarat Exco dan seluruh ahli sebulat suara menerima keputusan tersebut.”

”Kami terima dan menghormatinya, oleh kerana ini adalah keputusan jangka masa pendek, kami tak mahu timbul spekulasi.

”Ini adalah keputusan peribadi Datuk Joehari dan kami di FAM terima serta mengucapkan terima kasih kepada beliau,”

Yusoff Mahadi
Kredit Foto: FAM

“Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang dipilih dan kami di sini mahu fokus kepada masa depan,” katanya.

Datuk Wira Mohd Yusoff akan memegang jawatan sebagai pemangku presiden sehingga kongres pemilihan badan induk itu pada tahun hadapan.