Kejohanan Badminton Dunia 2025 – Final [31 Ogos 2025, bermula 7.00 malam]
Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung final Kejohanan Dunia 2025 yang bermula 7.00 malam ini menerusi saluran yang disediakan di bawah.
Baca Juga:
- Pearly-Thinaah, Tang Jie-Ee Wei Ke Pentas Final Kejohanan Dunia 2025

- Kejohanan Dunia 2025: Senarai Pemain Malaysia Ke Separuh Akhir

- Sejarah Baharu Beregu Wanita Malaysia, Pearly-Thinaah Ke Separuh Akhir Kejohanan Dunia 2025

Siaran Langsung Final Kejohanan Dunia 2025
1) Astro Arena & Astro Badminton
2) RTMKlik – TV Okey dan Sukan RTM
3) Youtube Rasmi BWF TV
Terdapat tiga pilihan buat anda yang pastinya tidak berkesempatan untuk ke adidas Arena, Perancis bagi menyaksikan secara langsung di depan mata aksi dua pasangan negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dan Pearly Tan-M. Thinaah pada hari ini.
Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.
Jangan risau jika tidak melanggan saluran Astro kerana anda masih boleh menonton secara ‘Live Streaming’ di laman Youtube rasmi BWF TV tetapi perlu menggunakan akses VPN terlebih dahulu.
Paling menarik anda juga boleh menyaksikan perlawanan ini secara percuma di saluran RTMKlik di TV Okey dan Sukan RTM.
Jadi tiada masalah besar buat anda untuk menyaksikan perlawanan melibatkan wakil Malaysia di final Kejohanan Dunia 2025 dengan tenang.
Perlawanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menentang Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin yang merupakan pilihan kedua dari China itu bakal berlangsung tepat pada 7.00 malam kerana ia merupakan aksi pertama dalam ‘Order of Play’.
Selepas itu dalam jangkaan jam 8.40 malam giliran Pearly Tan-M. Thinaah pula akan turun bertemu pasangan ranking pertama dunia, Liu Sheng Shu-Tan Ning.