Perjuangan kem negara di Terbuka Jepun 2025 diteruskan dengan dua wakil berjaya melangkah ke pentas final kejohanan berstatus Super 750 itu.
Ia merupakan permulaan yang cukup baik selepas barisan pemain berehat sebulan sebaik sahaja tamat kejohanan Terbuka Indonesia pada awal Jun lalu.
Baca Juga:
- Terbuka Jepun 2025: Senarai Pemain Negara Mara Ke Separuh Akhir

- Terbuka Jepun 2025: Senarai Pemain Negara Mara Ke Suku Akhir

- Terbuka Jepun 2025: Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain

Pearly Tan-M. Thinaah memperagakan corak permainan yang cukup bertenaga untuk menewaskan pasangan tuan rumah, Nami Matsuyama-Chiharu Shida 21-13, 21-11.
Kemenangan penting dilakarkan itu juga turut menamatkan rentetan tujuh kekalahan berturut-turut Pearly dan Thinaah ke atas lawan dari Jepun itu.

Rekod pertemuan pada ketika ini, Pearly-Thinaah menang dua kali dalam 13 pertemuan menentang Matsuyama-Shida.
Menanti mereka di pentas final esok ialah beregu nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning yang tidak berdepan masalah menundukkan rakan senegara, Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian.
Satu lagi slot ke final diisi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang berjaya mengenepikan cabaran pasangan Chinese Taipei, Liu Kuang Heng-Yang Po Han 21-19, 21-11.
Sze Fei-Nur Izzuddin akan berhadapan dengan Kim Won Ho-Seo Seung Jae selepas pasangan Korea Selatan itu menundukkan satu lagi gandingan negara, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.
Final Terbuka Jepun 2025
Beregu Lelaki
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani
Beregu Wanita
Pearly Tan-M. Thinaah