Empat wakil badminton negara meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Terbuka Jepun 2025 apabila berjaya mara ke pentas peringkat separuh akhir.

Pasangan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menjadi wakil pertama yang meneruskan kemaraan selepas tidak terlalu berdepan masalah untuk menundukkan beregu campuran tuan rumah, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara 21-14, 21-12.

Baca Juga:

Selepas melihat Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun tersingkir daripada persaingan, Pearly Tan-M. Thinaah tidak mahu menuruti jejak langkah tersebut.

Terbuka Jepun
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Pasangan beregu wanita utama negara itu tampil dengan cukup meyakinkan terutamanya pada set pertama untuk menumpaskan gandingan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Lee Yeon Woo 21-15, 21-19 dalam aksi yang berlangsung selama 55 minit itu.

Kejutan terus dilakarkan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas mereka mengenepikan cabaran bekas pasangan ranking pertama dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi ‘straight set’ 25-23, 21-19.

Pilihan pertama kejohanan, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula berhempas pulas untuk menundukkan Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri 21-13, 17-21, 22-20.

Terbuka Jepun 2025: Senarai Pemain Negara Mara Ke Separuh Akhir
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin merupakan juarab bertahan Terbuka Jepun. Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS.

Separuh Akhir Terbuka Jepun 2025

Beregu Lelaki

1) Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani

2) Ong Yew Sin-Teo Ee Yi

Beregu Wanita 

3) Pearly Tan-M. Thinaah

Beregu Campuran 

4) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei