Tular di media sosial berhubung satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menerusi grup Bandar Baru Bangi Community yang memperlihatkan kain rentang peringatan tentang penyewa.

Menerusi gambar yang dikongsikan, kain rentang itu memperlihatkan mesej yang mana melarang pemilik rumah dari memberi sewa kepada warga asing dan hanya mengutamakan rakyat tempatan.

“Tuan rumah diminta menyewa rumah kepada ‘local malaysian’ sahaja,” tulis pada kain rentang tersebut.

Tidak cukup sekadar itu, komuniti resindensi tersebut menyasarkan untuk mempunyai rekod sifar penyewa dari kalangan warga asing di dalamnya.

Terdapat visi yang jelas mereka mahu melindungi hartanah daripada diceroboh oleh orang luar dan disediakan dalam beberapa bahasa lain.

sewa
Sumber Gambar: FB BBBC

Tidak diketahui dimanakah lokasi sebenar gambar itu diambil namun apa yang pasti ia menjadi perbualan hangat di kalangan netizen di platform media sosial.

Ada sebahagian yang memuji akan usaha pihak penduduk yang tegas mahu mempertahankan hak penempatan di situ daripada dipenuhi oleh warga asing.

Selepas itu netizen turut membangkitkan isu ini terus terjadi dek kerana ketamakkan pemilik tempatan yang sedia memberi sewa kepada warga asing dengan mudah kerana mengenakan caj yang lebih mahal sekaligus menguntungkan diri sendiri.

Isu keselamatan juga dibahaskan kerana pernah dialami sendiri mereka yang mana ada warga asing yang membawa perangai negatif dan mengganggu ketenteramaan sejagat.