Kesemua 23 aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) dari Malaysia telah dibebaskan selepas kapal-kapal yang mereka dinaiki telah dipintas tentera negara haram Israel.
Mereka dibawa ke Israel dan dilayan dengan buruk sekali.
Baca Juga:
- ‘Himpunan Khas Sambut Kepulangan Aktivis Sumud Flotilla Bakal Dianjurkan’ – Anwar Ibrahim

- Sumud Flotilla: Senarai Rakyat Malaysia Ditahan Tentera Negara Haram

- ‘Global Sumud Flotilla Bukti Pendidikan Sangat Penting’ – Netizen Tempelak Golongan Anti Sekolah

Perkara itu diakui oleh Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua, yang merupakan salah seorang sukarelawan GSF yang ditahan.
Berikut antara kekerasan dilakukan oleh tentera Israel yang dikongsikan oleh aktivis Malaysia.
1. Serangan fizikal
Ardell Aryana cedera pada bahagian bahu sehingga tisu koyak. Terdapat kesan lebam-lebam pada badannya. Rambutnya ditarik dan ditumbuk pada bahagian muka. Beliau juga mengalami tekanan darah rendah.
Sementara Haikal Abdullah dipijak oleh tentera Israel di bahagian tangan sehingga menjejaskan beberapa jarinya.
2. Dipaksa membuka aurat
Zizi Kirana kongsikan pengalaman di mana tentera Israel menarik dan memaksanya membuka tudung. Pada masa sama beliau juga dipaksa membuka stoking semasa di dalam tahanan. Bahagian dalam baju digunting sebelum menukar pakaian penjara.
PU Rahmat pula menyatakan beliau dipaksa berbogel sebanyak tiga kali; di atas kapal, imigressen dan dalam penjara.
3. Tidak menyediakan sumber keperluan asas manusia
Heliza Helmi menyatakan tahanan tidak diberi makanan atau minuman. Kali terakhir mereka minum ialah pada 1 Oktober. Selepas itu, sebarang permintaan untuk meminum air tidak diendahkan. Untuk terus bertahan di dalam penjara, tahanan terpaksa minum air tandas.
4. Dinafikan hak rawatan kesihatan
Menurut PU Rahmat, doktor disekat daripada bertemu dengan para aktivis yang cedera dan sakit. Ubat-ubatan juga tidak dibenarkan diberikan kepada mereka.
5. Tidak dibenarkan beribadat
Aktivis yang ditahan telah diganggu dan tidak dibenarkan untuk menunaikan solat.
Menerusi satu hantaran Facebook PU Rahmat, Malaysia dan barisan peguam akan membuka fail undang-undang terhadap Israel atas kekerasan yang dilakukan ke atas sukarelawan.
Dalam satu perkembangan terkini, Pusat Undang-Undang bagi Hak Minoriti Arab di Israel (ADALAH) memaklumkan pihak Perkhidmatan Penjara Israel (IPS) akhirnya membenarkan kemasukan ubat-ubatan ke dalam penjara.