“Sukarelawan dari Malaysia paling teruk diserang oleh tentera Israel”, demikian lontaran komentar yang dikongsikan sendiri oleh Ahli Parlimen Portugal, Mariana Mortagua, iaitu salah seorang daripada sukarelawan yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

Dalam perkongsian di TikTok oleh @bintu_ftmh, Mariana melahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua sukarelawan misi atas bantuan yang diberikan, susulan pengalamannya ditahan oleh rejim Zionis.

“Sukarelawan dari Malaysia juga antara yang paling bersemangat dalam memperjuangkan misi kemanusiaan ini,” katanya.

Misi GSF disertai oleh lebih daripada 500 aktivis dari kira-kira 44 hingga 50 negara di seluruh dunia, termasuk dari Eropah, Asia, Afrika, Amerika Latin, dan Timur Tengah.

Sukarelawan memulakan pelayaran dari pelabuhan di Eropah (seperti Sepanyol) dan berhasrat untuk tiba di perairan Gaza.

Bagaimanapun, Kapal-kapal GSF, termasuk yang membawa sukarelawan Malaysia, telah dipintas dan ditahan oleh tentera rejim Zionis di perairan Laut Mediterranean (Zon Merah R3), sebelum dibawa ke pelabuhan Israel.

@bintu_ftmh

Mariana juga merupakan menteri dlm ahli parlimen dan beliau berkata kita semua patut putuskan hubungan diplomatik antara Israel. Beliau juga mengatakan bahawa Greta sangat kuat orangnya dan berkemungkinan akan dibebaskan dengan segera. Live from Portugal @dshahblix #portugal #globalsumudflotilla #malaysia #world #freepalestine

♬ оригинальный звук – TEARZ 💔

Menyatakan kekagumannya terhadap ketabahan aktivis terkenal, Greta Thunberg, beliau turut berharap agar usaha pembebasan Thunberg dapat dipercepatkan.

Laporan pada pagi tadi juga dari Peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA) telah mendedahkan bahawa aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), termasuk Ardell Aryana, diperlakukan dengan kekerasan oleh rejim Zionis semasa dalam tahanan.

Ardell Aryana melaporkan bahawa beliau mengalami tekanan darah rendah susulan insiden pemintasan kapal. Semasa ditahan, beliau turut menjadi mangsa keganasan fizikal, di mana rambutnya ditarik dan beliau ditumbuk di bahagian muka.

Ekoran insiden tersebut, Ardell Aryana dan seorang lagi aktivis, Haikal Abdullah, telah dihantar ke hospital di Istanbul untuk menerima rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Sumber