Kapal aktivis Global Sumud Flotilla yang sedang menempuh perjalanan ke Palestine bagi memberikan bantuan telah diserang oleh dron negara haram.
Penganjur telah melaporkan letupan dan beberapa dron yang menyasarkan beberapa bot mereka, yang kini terletak berhampiran Greece.
“Pelbagai dron, objek tidak dikenali dijatuhkan, komunikasi tersekat dan letupan kedengaran daripada beberapa bot,” kata Global Sumud Flotilla (GSF) dalam satu kenyataan.
“Kami menyaksikan operasi psikologi ini secara langsung, tetapi kami tidak akan gentar.”
The Global Sumud Flotilla vessels, attempting to break the siege on Gaza, are coming under continuous attacks by Israeli drones in international waters, with eight vessels targeted so far. pic.twitter.com/VhhzkJ8mLn
— OSINTWarfare (@OSINTWarfare) September 24, 2025
Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean, membawa makanan, ubat-ubatan dan mesej keamanan, dijadual sampai ke perairan Gaza menjelang akhir bulan ini.
Pelayaran ini melibatkan lebih 1,000 sukarelawan menaiki hampir 70 bot dengan satu matlamat – untuk memecahkan sekatan ke atas Gaza.
Semua sukarelawan Malaysia sedang berlayar di bawah panji Sumud Nusantara, diketuai oleh ketua pegawai eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.
GSF menghimpunkan gabungan antarabangsa dari Eropah, Asia, Afrika Selatan, Amerika Latin dan Timur Tengah, dengan semua delegasi menekankan tanpa kekerasan dan peranan flotilla sebagai simbol perpaduan global dengan krisis Gaza.