FAM menjelaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam penghakiman FIFA adalah tidak tepat. Dan FAM akan mengemukakan rayuan rasmi.

FAM dalam kenyataan terbarunya berkata: “Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menegaskan bahawa gambaran yang diberikan dalam keputusan FIFA adalah tidak tepat.

FIFA Sahkan Sijil Kelahiran 7 Pemain Warisan Adalah Tidak Sah

“Dakwaan bahawa pemain “memperoleh atau mengetahui mengenai dokumen palsu” adalah tidak berasas kerana tiada bukti kukuh dikemukakan setakat ini.

Seterunsya FAM sekali lagi menyatakan berlaku kesilapan oleh kakitangan mereka yang tersilap muat naik dokumen daripada ejen bukannya dokumen rasmi yang dkeluarkan Jabatan Pendaftaran Negara.

FAM menambah: “Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini, kesilapan yang berlaku berpunca daripada wrong submission iaitu ralat pentadbiran (administrative error), apabila seorang kakitangan tersilap memuat naik dokumen daripada ejen dan bukannya dokumen rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).”

Oleh ity FAM akan mengemukakan dokumen asli yang sah selepas ini. FAM menegaskan: “Rayuan rasmi kini sedang disediakan dengan menggunakan dokumen asal yang sah serta disahkan oleh Kerajaan Malaysia.

“FAM akan mengemukakan rayuan rasmi berhubung kesimpulan ini, dan kekal komited mempertahankan integriti bola sepak negara berdasarkan fakta serta dokumen sahih.”

FAM Sudah Sedia Kemuka Rayuan: ‘Tiada Bukti Menyokong Dakwaan Ini Dikemukakan FIFA’