Hari ini merupakan hari terakhir Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung sejak hujung minggu lalu.

Salah satu agenda utama hari ini adalah pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China 3.0 (ACFTA 3.0) di antara ASEAN dan China yang diwakili oleh Premier Li Qiang.

“Pemeteraian ini menandakan satu fasa baharu dalam kerjasama ekonomi serantau, melambangkan komitmen bersama ASEAN dan China untuk memperkukuh perdagangan terbuka, rantaian bekalan yang berdaya tahan serta kemakmuran yang dikongsi bersama,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sidang Kemuncak ASEAN: Anwar Ibrahim Beri Premier China Lihat Dua Model Baharu Proton
Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, kedua-dua pemimpina negara itu berkesempatan meninjau model kereta terbaharu Proton, iaitu Proton Saga dan Proton e.MAS 5.

“Kedua-dua model kereta itu menjadi simbol keakraban hubungan Malaysia dan China dalam memperkukuh kerjasama strategik dalam pembangunan industri automotif serta inovasi teknologi.

“Hubungan ini terus berkembang kukuh, mencerminkan keazaman bersama untuk melangkah ke hadapan bukan sahaja dalam sektor automotif, tetapi juga dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, tenaga hijau dan mobiliti pintar, sekali gus memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab utama dalam rantaian nilai automotif serantau ASEAN,” tambah PMX.

Sidang Kemuncak ASEAN: Anwar Ibrahim Beri Premier China Lihat Dua Model Baharu Proton
Sumber Gambar: Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut menegaskan bahawa kepentingan projek seperti Automotive Hi-Tech Valley (AHTV) di Tanjung Malim hasil kerjasama Proton dan Geely selain, peluasan ECRL dan kerjasama pelabuhan antara Malaysia dan China yang bakal memperkukuh kedudukan negara sebagai hab logistik dan maritim serantau.