Kabel merupakan salah satu komponen penting bagi sesebuah kereta api untuk berfungsi.
Kurangnya satu kabel, boleh menyebabkan kereta api gagal berfungsi dengan baik.
Baca Juga:
- ‘Kalau Ada, Kita Buat Siasatan Segera & Terperinci’ – Polis Kelantan Belum Terima Laporan Kes Curi Kabel ECRL

- Gara-Gara Pencuri Kabel, Operasi ECRL Mungkin Tertangguh?
- Proses Pengorekan ‘Terowong Kuantan’ Untuk Projek ECRL Siap 2 Bulan Lebih Awal

Baru-baru ini anak syarikat yang dimiliki oleh China Communications Construction Company (CCCC) di Malaysia, China Communications Construction East Coast Rail Link Sdn Bhd (CCC-ECRL) kongsikan kepentingan kabel yang digunakan dalam pembangunannya.

“Setiap kabel memainkan peranan penting dalam memastikan operasi ECRL berjalan dengan selamat dan lancar,” katanya sambil kongsi jenis-jenis kabel yang ada.
Pada bahagian ‘overhead’, ia menggunakan dua jenis kabel.
Kabel Kontak (Contact Cable)
Membekalkan kuasa kepada kereta api melalui laluan overhead.
Kabel Berat Timbangan (Counterweight Cable)
Menjaga ketegangan wayar kontak agar operasi berjalan lancar.
Sementara bahagian ‘track level’ pula mempunyai tiga jenis kabel
Kabel Bekalan Kuasa (Power Supply Cable)
Mendistribusikan elektrik ke seluruh sistem.
Kabel Isyarat (Signalling Cable)
Menghantar isyarat ke kawalan untuk mengatur pergerakan kereta api dan memastikan keselamatan.
Kabel Fiber Optik (Fibre Cable Optic)
Mentransmisikan komunikasi dan data sepanjang laluan.

Menurut CCC-ECRL, sejak Jun 2025 pencuri telah mencuri lebih daripada 3,000 meter kabel di sepanjang laluan.
Hanya beberapa meter dipotong, keseluruhan laluan terpaksa ditutup sementara.
Setiap kabel yang dicuri mengambil masa 5 hingga 6 bulan untuk dibuat semula dan dihantar ke lokasi pembinaan.
“Setiap kabel ada tujuannya; kuasa, keselamatan, komunikasi dan sambungan. Apabila satu hilang, terhenti semua operasinya. Kabel-kabel ini bukan sekadar melalui tanah, tapi mengalir di nadi ECRL. Mari kita jaganya bersama-sama,” kata CCC-ECRL.