Struktur kadar tambang Kelas Ekonomi bagi perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) untuk laluan transit yang berhenti di setiap stesen telah diumumkan.
Berdasarkan maklumat grafik yang dikeluarkan, kadar tambang perjalanan sehala bermula dari stesen Gombak ditetapkan serendah RM24.00 bagi jarak terdekat sehingga RM125.00 untuk perjalanan sejauh 523 kilometer.
Berikut adalah perincian kadar tambang perjalanan sehala bagi laluan transit dari Gombak:
Gombak – Bentong (40 km): Bermula serendah RM24.00
Gombak – Temerloh (91 km): Bermula serendah RM35.00
Gombak – Maran (127 km): Bermula serendah RM42.00
Gombak – Paya Besar (186 km): Bermula serendah RM55.00
Gombak – KotaSAS (209 km): Bermula serendah RM60.00
Gombak – Kuantan Port City (222 km): Bermula serendah RM62.00
Gombak – Cherating (246 km): Bermula serendah RM67.00
Gombak – Chukai (256 km): Bermula serendah RM69.00
Gombak – Kemasik (285 km): Bermula serendah RM75.00
Gombak – Dungun (317 km): Bermula serendah RM82.00
Gombak – Kuala Terengganu (378 km): Bermula serendah RM95.00
Gombak – Bandar Permaisuri (436 km): Bermula serendah RM107.00
Gombak – Jerteh (473 km): Bermula serendah RM114.00
Gombak – Pasir Puteh (490 km): Bermula serendah RM118.00
Gombak – Kota Bharu (523 km): Bermula serendah RM125.00
Menurut nota penjelasan, kadar tambang yang sama juga terpakai bagi perjalanan arah sebaliknya (ulang-alik).
Di samping itu, kadar tambang rasmi ditetapkan menerusi mekanisma tambang dinamik.