Ruben Amorim memuji kualiti permainan pasukannya walaupun tewas di tangan Aston Villa.

Menurutnya, mereka pasukan lebih bagus dalam aksi berlangsung di Villa Park semalam.

Manchester United tewas 2-1 di tangan Aston Villa hasil 2 gol oleh Morgan Rogers.

Gol Manchester United pula menerusi Matheus Cunha. Dan ini adalah kekalahan kelima Manchester United musim ini.

Sementara Aston Villa merekodkan rekod tidak masuk akal dengan 10 kemenangan berturut turut dalam semua pertandingan buat pertama kali selepas 111 tahun.

Selepas tamat perlawanan, Ruben Amorim menganggap pasukannya cuma tidak bernasib baik, kerana dari segi kualiti, Manchester United adalah lebih bagus daripada Aston Villa.

“Kepada semua yang menayaksikan perlawana  ini tahu bahawa kami adalah pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini terutama sekali dengan kecederaan Bruno, itupun kami masih bermain bagus tanpa beliau.

“Kami cuma tidak bernasib baik sahaja,” kata Ruben Amorim.

Ruben Amorim terus bergelut dengan prestasinya bersama dengan Manchester United. Di mana dia setakat ini sudah menelan 19 kekalahan dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dalam tempoh yang sama Amorim cuma menikmati 14 kemenangan dan 11 seri. Hanya merekodkan purata 1.20 mata per perlawanan.

Adakah anda rasa Ruben Amorim masih pengurus yang tepat untuk Manchester United?