Roberto Martinez menjelaskan mengapa Cristiano Ronaldo masih menjadi pilihan utama tanpa pertikaian untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan Portugal.
Ronaldo bakal berusia 41 tahun pada Februari ini, namun masih memegang peranan sebagai kapten Selecao dan dijangka memainkan peranan penting dalam skuad Portugal pada Piala Dunia 2026 nanti.
Baca Juga:
- Tunku Ismail Dedah Cristiano Ronaldo Hanya Mahu Beraksi Di Johor Jika Al-Nassr Turun Ke Malaysia

- Dari Padang Bola Ke Dunia AI: Cristiano Ronaldo Perkukuh Empayar Dengan Pelaburan Besar Dalam Perplexity

- Ini Projek Eksklusif Cristiano Ronaldo Menjelang Persaraan

Cristiano Ronaldo Masih Pilihan Utama Portugal
Ketua jurulatih Portugal itu turut mendedahkan bahawa barisan kejurulatihan telah menganalisis ‘tiga teras utama’ sebagai asas untuk menentukan pemilihan berterusan Ronaldo dalam pasukan.
“Sikap. Terdapat tiga tonggak yang sentiasa kami analisis iaitu bakat, pengalaman dan sikap yang mampu dibawanya kepada Selecao,” ujar Martinez menurut sumber laporan Goal.
“Tahap tuntutan maksimum yang diletakkannya ke atas diri sendiri untuk sentiasa hadir dan membantu inilah yang membolehkan kapten pasukan kebangsaan sentiasa tersenarai dalam skuad.”
“Keinginan untuk menjadi yang terbaik itu bersifat menular. 25 gol dalam 30 perlawanan sebagai penyerang membuktikan apa yang dilakukannya di atas padang memberi sumbangan besar kepada pasukan kebangsaan.”
Ronaldo merupakan antara nama terawal yang akan disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan kebangsaan Portugal selepas meledak lima gol daripada lima penampilan dalam kempen kelayakan Piala Dunia, sekali gus membantu Selecao mendominasi kumpulan kelayakan mereka dengan mencatat empat kemenangan daripada enam perlawanan.
Bagaimanapun, penyerang Al-Nassr itu terlepas aksi terakhir kelayakan selepas digantung perlawanan susulan layangan kad merah yang diterimanya ketika Portugal tewas 0-2 kepada Republik Ireland.