Dalam perjalanan jauh, satu perkara yang paling dinanti bukan sekadar sampai ke destinasi tapi tempat singgah dan rehat yang betul-betul selesa.
Paling best, kalau singgah di, Di R&R PLUS Seremban (arah selatan) sebab ia bukan sekadar hentian biasa, R&R ini menawarkan pengalaman ‘rehat sekejap tapi puas’, sesuai untuk keluarga atau sesiapa sahaja yang perlukan rehat sebelum sambung perjalanan.
Syurga Makan Untuk Semua Selera
Perut lapar memang tak boleh tunggu. Di R&R PLUS Seremban (arah selatan), pilihan makanan bukan sikit tapi ada macam-macam! Dari snek ringkas hingga manisan kegemaran ramai, semuanya ada.

Nak makanan tempatan? Ada masak lemak Negeri Sembilan, nasi ayam, yong tau foo, nasi lemak, ayam gepuk dan macam-macam lagi!

Perlukan kopi dan barang keperluan lain? myNEWS dan CU sentiasa jadi penyelamat. Terasa nak sesuatu yang manis? Krispy Kreme dan Dunkin’ Donuts lah penyelamat anda! Terutama bila baru turun dari kereta selepas pemanduan panjang.

Betul-Betul Rehat
Apa yang membezakan Di R&R PLUS Seremban (arah selatan) dengan hentian lain adalah fokus pada keselesaan. Ruang rehat yang luas dilengkapi kerusi urut untuk legakan lenguh dan penat selepas memandu berjam-jam.

Bukan sekadar berhenti untuk ke tandas atau isi minyak, tapi betul-betul memberi ruang untuk badan dan minda ‘reset’.

Bila Singgah Jadi Momen Bermakna
Menariknya, satu video yang dikongsikan baru-baru ini memperlihatkan sisi berbeza R&R PLUS Seremban (arah selatan) bukan sekadar tempat singgah, tetapi ruang yang menghubungkan orang ramai.
Video tersebut memaparkan dua keluarga yang pada mulanya hanya kebetulan makan di R&R yang sama. Bermula dengan senyuman dan perbualan ringan, mereka akhirnya menjadi rakan, berkongsi meja dan cerita.
Dalam masa yang sama, si isteri sempat berjalan-jalan dan membeli-belah di kedai yang ada di R&R menjadikan singgahan itu lebih daripada sekadar rehat.
Bukan Sekadar Transit

R&R PLUS Seremban (arah selatan) membuktikan bahawa hentian rehat tidak perlu membosankan. Dengan pilihan makanan yang banyak, kemudahan lengkap dan suasana yang selesa, ia kini lebih kepada destinasi wajib singgah dalam perjalanan.
Sama ada untuk isi perut, lepaskan penat atau sekadar menikmati masa bersama keluarga, singgah di sini bukan lagi sekadar “rehat sekejap” tetapi pengalaman yang buat perjalanan terasa lebih ringan.
Layari laman web PLUS untuk sebarang maklumat lanjut.