Ada orang travel untuk berehat, ada juga yang travel untuk lari sekejap daripada rutin harian.
Akan tetapi, ada satu jenis percutian yang selalu melekat paling lama dalam ingatan, sebuah percutian yang lahir daripada satu perkara paling simple iaitu rasa ingin tahu.
Rasa ingin tahu inilah yang buat kita terfikir, “Apa jadi kalau aku cuba sesuatu yang aku tak pernah bayangkan pun aku akan buat?”

Dan daripada situ, lahirlah pengalaman yang bukan sahaja rare, malah terasa seperti mimpi yang tiba-tiba jadi nyata.
Baru-baru ini, Kuala Lumpur dihiasi dengan warna ungu sempena pelancaran Electric Purple.
Namun, yang mencuri perhatian sebenarnya adalah idea di sebalik pelancaran tersebut, iaitu Electric Dreams.
Ia mengetengahkan pengalaman percutian sekali seumur hidup yang mengajak orang dewasa keluar daripada rutin dan merangkul perkara yang luar biasa.
Dalam dunia travel yang kadang-kadang terasa terlalu sama, konsep ini datang sebagai satu ‘wake up call’ untuk cuba sesuatu yang betul-betul lain.
Jika anda pernah tertanya-tanya bagaimana rasanya menjalani pengalaman yang dream-worthy, ini 7 Electric Dream Destinations yang patut anda cuba sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
1) Meluncur turun lereng gunung berapi (Nicaragua)

Ada pengalaman yang bukan sekadar mencabar, tetapi menguji keberanian.
Volcano boarding di Nicaragua adalah salah satunya.
Anda akan berdiri di lereng gunung berapi, memegang papan dan menatap laluan menurun yang dipenuhi pasir hitam.
Kemudian anda meluncur turun dengan kelajuan yang cukup untuk membuatkan anda menjerit dan ketawa dalam satu masa.
Ia bukan untuk semua orang, tetapi bagi yang sukakan adrenaline, ini adalah ‘once-in-a-lifetime’ yang sebenar.
2) Memburu Aurora dari tengah laut (Norway)

Ramai orang memburu aurora dari darat, tetapi melihatnya dari tengah laut adalah cerita yang berbeza. Langit lebih gelap, udara lebih bersih dan tiada gangguan cahaya bandar.
Hanya bunyi ombak, angin yang tenang, dan langit yang tiba-tiba menyala.
Apabila aurora muncul, ia terasa seperti alam semesta sedang buat persembahan khas untuk anda dan momen itu selalunya membuatkan orang lupa untuk bercakap.
3) Berenang dengan whale shark (Philippines)

Ada pengalaman yang membuatkan anda rasa kecil, tetapi dalam cara yang menenangkan. Berenang dengan whale shark adalah salah satunya.
Makhluk ini besar, tetapi tidak mengancam. Ia bergerak perlahan dan tenang, seolah-olah ia tidak terganggu dengan kehadiran manusia.
Bila anda berada dekat dengannya, anda akan sedar betapa luasnya dunia, dan betapa banyak perkara yang kita belum sempat lihat.
Ini bukan sekadar aktiviti laut, tetapi satu pengalaman yang boleh buat anda pulang dengan perspektif baru.
4) Ekspedisi paling ‘once-in-a-lifetime’ dengan cruise ke Antartica

Kalau anda nak rasa pengalaman yang betul-betul jauh daripada dunia biasa, cruise ke Antarctica adalah jawapan paling ultimate.
Ia bukan sekadar pelayaran, tetapi ekspedisi merentas lautan ais menuju benua paling sunyi di dunia, lengkap dengan pemandangan iceberg yang megah, koloni penguin, anjing laut dan kadang-kadang paus yang muncul di permukaan.
Biasanya cruise ini beroperasi sekitar musim panas Antartika antara November hingga Februari, ketika cuaca lebih stabil dan hidupan liar lebih aktif.
Ini jenis perjalanan yang buat anda rasa kecil, kagum, dan sedar betapa luasnya dunia dalam cara yang susah nak diganti oleh destinasi lain.
3 pengalaman eksklusif ‘money-can’t-buy’ dari Electric Dreams
Empat pengalaman di atas boleh dirancang sendiri, tetapi tiga pengalaman seterusnya adalah eksklusif dan termasuk dalam kategori pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang.
Inilah yang menjadikan Electric Dreams unik kerana bukan semua orang berpeluang mengalaminya.
5) Bermalam dalam rumah opera dengan alunan orkestra simfoni (Dubai)

Dubai sememangnya sinonim dengan kemewahan, tetapi pengalaman ini membawa maksud luxury ke tahap yang lebih puitis.
Anda bukan sekadar bermalam di tempat yang eksklusif, tetapi bermalam di dalam sebuah rumah opera, ruang yang biasanya hanya dibuka untuk persembahan.
Bezanya, malam itu tidak sunyi. Ia diiringi alunan orkestra simfoni secara live, seolah-olah dunia memperlahankan masa untuk anda menikmati momen yang terlalu jarang berlaku.
Ini bukan sekadar percutian, tetapi pengalaman yang terasa seperti anda sedang hidup dalam babak filem.
6) Go-karting di pelabuhan kargo di pesisir laut (Portugal)

Kalau anda fikir go-kart hanya sesuai di litar, Portugal menawarkan versi yang jauh lebih pelik, tetapi dalam cara yang sangat menarik.
Bayangkan memecut di pelabuhan kargo, dengan angin laut menerpa dan pemandangan horizon terbentang luas.
Ia laju, ia lucu dan ia membuatkan anda rasa bebas dengan cara yang susah nak diterangkan.
Dalam dunia travel yang kadang-kadang terlalu ‘template’, pengalaman seperti ini mengingatkan kita bahawa perjalanan boleh jadi sesuatu yang spontan dan luar jangka.
7) Konsert dalam gua ais (Slovenia)

Slovenia sememangnya terkenal dengan keindahan alam semula jadi, tetapi pengalaman ini menjadikan alam itu sebagai pentas yang luar biasa.
Bayangkan anda berada di dalam sebuah gua ais, suasananya sejuk, sunyi dan terasa seperti dunia lain.
Kemudian, muzik mula dimainkan. Bukan sekadar bunyi, tetapi rentak muzik yang bergema di dinding gua, menjadikan keseluruhan ruang terasa hidup.
Ini bukan jenis konsert yang boleh dibeli dengan tiket biasa. Ia adalah pengalaman yang terasa seperti mimpi dan bila ia berakhir, anda akan faham kenapa ia dipanggil Electric Dreams.
Bila kali terakhir anda buat sesuatu yang di luar jangkaan?
Cuba berhenti sekejap dan tanya diri sendiri. Apa pengalaman yang anda selalu wonder, tetapi anda simpan jauh dalam kepala kerana rasa macam mustahil?
Apa perkara yang anda mahu cuba, bukan untuk orang lain, bukan untuk media sosial, tetapi untuk diri sendiri?
Sebab pengalaman paling berharga selalunya bukan datang daripada itinerary yang sempurna. Ia datang daripada keberanian untuk keluar daripada rutin dan memberi ruang kepada rasa ingin tahu.
Electric Dreams, satu kempen yang mengangkat pengalaman destinasi luar biasa, seolah-olah menjadikan travelimpian lebih dekat daripada yang disangka.
Menariknya, daripada 7 ‘electric dream experiences’ yang ramai orang simpan dalam bucket list, ada tiga pengalaman paling eksklusif yang benar-benar dikurasi khas dan berada dalam kategori pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang.
Ketahui lebih lanjut dengan klik di sini.