Warna ungu mewarnai Heritage Valley Kuala Lumpur minggu lalu sempena pelancaran peranti bebas asap rokok IQOS ILUMA i Electric Purple oleh Philip Morris Malaysia.

IQOS ILUMA i Electric Purple merupakan varian warna baharu dalam rangkaian produk IQOS ILUMA i, di mana ILUMA i kekal menjadi inovasi paling maju mereka dalam rangkaian produk bebas asap rokok untuk golongan dewasa.

Lebih daripada sekadar warna, para tetamu juga menjadi antara yang terawal menerokai Electric Dreams, di mana mereka berpeluang memenangi pengalaman eksklusif sekali seumur hidup di salah satu daripada 3 destinasi antarabangsa iaitu Dubai, Portugal atau Slovenia.

Electric Dreams merupakan pengalaman eksklusif sekali seumur hidup yang dikurasi oleh IQOS dan hanya boleh dimenangi melalui penyertaan dalam peraduan Electric Dreams.

“Electric Dreams adalah tentang melangkah keluar daripada rutin dan berani merangkul perkara yang tidak dijangka. Di Dubai, mereka berpeluang bermalam di dalam sebuah rumah opera, diiringi alunan orkestra simfoni.

“Di Portugal pula, mereka dapat bermain go-kart di pesisir pantai, manakala di Slovenia, mereka akan mengalami rentak muzik di dalam sebuah gua,” kata Stephen Rajasigamany, Pengarah Pengalaman Pengguna di Philip Morris Malaysia.

IQOS Lancar ILUMA i Electric Purple, Tawar Pengalaman 'Electric Dreams'
Stephen Rajasigamany bersama peranti IQOS ILUMA I Electric Purple

Electric Dreams ini merupakan inisiatif global jenama itu untuk mendorong lebih ramai perokok dewasa untuk berhijrah ke produk bebas asap rokok yang telah digunakan oleh 34 juta pengguna di seluruh dunia.

“Secara dasarnya, IQOS adalah produk bebas asap rokok. Niat utamanya adalah supaya perokok dewasa bertukar ke produk alternatif; kerana kita tahu produk alternatif adalah alternatif yang lebih baik (berbanding rokok) sekiranya mereka masih belum bersedia untuk berhenti sepenuhnya.

“Namun keputusan terbaik untuk seseorang individu itu adalah untuk terus berhenti merokok,” kata Stephen.

Peraduan Electric Dreams merupakan peraduan tempoh masa terhad (bermula 28 Januari hingga 31 Mac) yang menawarkan pengguna IQOS dewasa yang layak kepada akses pelbagai pengalaman Electric Dreams.

Enam rakyat Malaysia, masing-masing bersama seorang pasangan, akan dipilih sebagai pemenang untuk menikmati pengalaman eksklusif sekali seumur hidup di salah satu daripada tiga destinasi antarabangsa Electric Dreams.

Selain hadiah global tersebut, sebanyak 100 kejutan tempatan turut menanti antaranya pengalaman perjalanan eksklusif, pengalaman menjamu selera, serta barangan gaya hidup seperti headphone. Untuk info lanjut, baca di sini.