Cristiano Ronaldo terus menegaskan cita-citanya untuk mencapai angka 1,000 gol ketika hadir di Anugerah Globe Soccer 2025 awal pagi tadi.
Penyerang ikonik Portugal itu hadir untuk menerima Anugerah Pemain Terbaik Timur Tengah bagi menewaskan pencabar seperti Karim Benzema, Riyad Mahrez dan Salem Al-Dawsari.
Baca Juga:
- Roberto Martinez Dedah 3 Sebab Cristiano Ronaldo Masih Pilihan Utama Portugal

- Tunku Ismail Dedah Cristiano Ronaldo Hanya Mahu Beraksi Di Johor Jika Al-Nassr Turun Ke Malaysia

- Putera Abdullah: Hanya Cristiano Ronaldo Layak Terima Gaji Tinggi Di Liga Pro Saudi

Al-Nassr kini mendahului carta Liga Pro Saudi selepas mengekalkan rekod kemenangan 100 peratus pada awal musim dengan mencatat kemenangan ke-10 berturut-turut pada Sabtu.
Ronaldo menjaringkan dua gol manakala rakan senegaranya Joao Felix meledak gol lewat perlawanan dengan dua pemain Portugal itu kini terikat 12 gol masing-masing dalam perebutan Kasut Emas.
Dua gol disumbatkan Ronaldo ke atas Al-Akhdoud itu merupakan gol ke-955 dan ke-956 sepanjang kariernya sekali gus menjadikan sasaran 1,000 gol semakin hampir dalam genggamannya.
Ketua jurulatih Portugal, Roberto Martínez turut menyokong keyakinan bahawa Ronaldo mampu mencapai angka empat digit gol sebelum mengakhiri karier profesionalnya.
Malah Martinez sebelum ini turut menggariskan tiga kriteria yang membuatkan khidmat Cristiano Ronaldo amat ditagih oleh beliau dalam skuad kebangsaan.
Impian Besar Cristiano Ronaldo Masih Membara
“Ia memang mencabar untuk terus bermain tetapi saya masih mempunyai minat yang membara dan motivasi untuk meneruskan karier.”
“Tidak kira sama ada saya beraksi di Timur Tengah atau Eropah, saya mahu terus memenangi kejuaraan dan mencapai sasaran yang semua orang tahu.”
“Saya yakin saya mampu mencapainya selagi tidak dilanda kecederaan. Nikmati malam ini dan Selamat Tahun Baharu,” ujar Ronaldo menurut sumber laporan Goal.