Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) semalam telah mengumumkan pelantikan John Herdman sebagai ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan negara tersebut.

Beliau mengisi kekosongan ditinggalkan pengendali terdahulu, Patrick Kluivert yang gagal membawa Indonesia ke Piala Dunia 2026.

Baca Juga:

Merupakan anak kelahiran England, Herdman hadir ke Jakarta dengan reputasi hebat dan dilihat mampu untuk meningkatkan kemampuan skuad garuda itu terutamanya dalam menghadapi Piala Asia 2027.

“PSSI secara rasmi mengumumkan John Herdman sebagai ketua jurulatih baharu pasukan kebangsaan Indonesia pada Sabtu, 3 Januari 2026 sekali gus menandakan bermulanya era baharu bola sepak negara.”

“Herdman bukan sekadar seorang jurulatih, sebaliknya arkitek berpengalaman yang pernah membawa pasukan ke Piala Dunia,” umum PSSI dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan.

Fakta Menarik Tentang John Herdman

Lebih menarik, Herdman merupakan satu-satunya ketua jurulatih dalam sejarah bola sepak dunia yang berjaya membawa pasukan lelaki dan wanita dibawah kendaliannya mara ke saingan Piala Dunia.

Beliau melatih pasukan kebangsaan wanita Kanada dari tahun 2011 hingga 2018 dan membawa mereka meraih pingat gangsa Sukan Olimpik secara berturut-turut pada 2012 dan 2016

Selain itu, skuad wanita Kanada juga berjaya melangkah ke suku akhir Piala Dunia Wanita 2015.

Kemudian, John Herdman beralih pula dalam mengendalikan pasukan lelaki dan ia merupakan fasa yang memberangsangkan selepas berjaya melayakkan Kanada ke Piala Dunia buat kali pertama dalam tempoh 36 tahun pada 2022.

Sumber